Wednesday, November 8, 2017

DUIT... HUTANG.. KEBERKATAN REZEKI

Hi,

Tiba-tiba teringat nak cerita pasal duit yang cukup. Sebab sekarang ramai yang selalu cakap aku ni duit banyak tak perlu susah fikir duit cukup ke tak. Aku anggap cakap-cakap tu satu doa juga.

Masa tahun 2013, aku dapat anak baru. Aku teliti fiancial aku sebagai persediaan nak dapat anak kedua. So, bila disenaraikan, perbelanjaan aku negatif. Mula aku fikir kenapa sebab segala keperluan asas suami aku dah tanggung banyak. Aku banyak hutang sikit-sikit tu, sampai bila dihimpun jadi banyak. Hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi di bank dan hutang credit card. Aku himpun semua hutang-hutang dan buat satu hutang baru untuk menutup hutang-hutang aku ni. Repayment adalah selama 12 bulan. Masa ni aku nekad untuk istiqamah dan aku berdoa supaya Allah tetapkan hati aku dalam membebaskan diri dari hutang.

Selepas setahun nampak hasilnya. Aku betul-betul bebas hutang. So, aku boleh beli another house and new car. Walaupun macam tu, duit aku sentisa cukup dan berlebih. Aku rasa rezeki akan menjadi berkat bila kita berusaha membayar hutang atau mengelak hutang. Selain suami menjalankan tanggungjawab untuk rezeki yang berkat, melunaskan hutang akan membuatkan rezeki bertambah-tambah.

Owh, rumah dan kereta tak boleh lah cash. Itu memang kene hutang. Cuma kalau ada duit lebih, bayar lebih dari monthly installment.

Monday, April 10, 2017

TUGAS SUAMI ATAU ISTERI

HI!!!

Macam mana korang bahagikan tugas suami isteri. Aku bersyukurlah memang suami aku buat semua kerja rumah. Tapi aku rasa kadang-kadang melampau pulak sebab kerja rumah suami aku yang buat. Sebab aku ni sentiasa rasa penat.

Aku kan bekerja. Tapi aku kerja bukan untuk tolong suami aku bayar keperluan hidup pun. Jangan suggest aku berhenti kerja. Suami aku lebih suka aku kerja.

Routine macam ni. Pagi... Husband bangun awal dari aku 5.15pagi. Dia start mandi dan iron baju sekolah anak-anak. Lepas tu turun bawah buat susu anak-anak dan buat air coffee untuk aku dan dia sebelum pergi kerja. Lepas tu dia akan mandikan anak-anak dan kemas tempat tidur. Aku pulak bangun pukul 5.40 pagi. Siapkan diri sendiri je. Sebelum keluar rumah minum coffee yang dia buat. Aku tak boleh tolong dia pagi-pagi. Nanti dia marah sebab aku akan lewat ke ofis.

Petang.. Aku beli makanan. Sama ada masak atau beli lah kan. Dia balik pukul 8++ malam. Aku dah siap suapkan anak-anak supaya dia dapat makan dengan tenang. Lepas aku dan suami aku makan, dia akan basuh pinggan dan kemas meja. Bagi dia aku dah penat beli makanan untuk dia. So dia buat tugas kemas-kemas tu. Pastu dia akan buat air coffee lagi untuk malam.

Bila fikir, sikitnya tugas aku. Tu pun nak complaint husband aku kan.

Semalam dia tak sehat. Tapi sebab dia tengok aku penat sangat sampai tertidur pukul 8.30malam, dia buat semua kerja rumah. Tak bagi anak-anak kacau aku tidur.

I am the happiest wife and mama.

Semoga aku berubah jadi isteri n ibu lebih baik.

Wednesday, December 7, 2016

[2016 VACATION] Perth Australia 5days 4nights

Salam Hi,

Hari ni nak tulis pasal percutian ke Perth Australia 5hari 4 malam.. Kami pergi pada 24 November 2016 hingga 28 November 2016.. Masa ni musim panas.. Memang terik matahari masa ni.. Tapi angin sangat la sejuk.. Ok, meh aku ceria dulu intro bajet persiapan nak ke  Perth ni.. Owh sebelum tu, kami pergi tanpa tour guide sebab senang la sangat nak jalan2 ke Perth ni... And percutian ni bukan percutian bajet sangat.. So mana yang ok tu boleh la copy ya.. Semoga beri manfaat kepada anda semua yg nak tiru plan vacation ni.

INTRODUCTION

1. Passport - RM600
- untuk 2 dewasa dan 2 anak valid selama 5 tahun

2. Visa - 4orang x RM20 = RM80
- Visa adalah perlu untuk ke Autralia... So kami buat dengan eta.australia@yahoo.com... Lepas buat tak boleh check visa ni betul ke tak... Semua nya base on trust kepada agent ni... Berdebar jugak masa nak check-in flight.. takut ada masalah pada visa.. Tapi Alhamdulillah memang trusted agent.. kalau buat sendiri AUD10 Tak silap aku... Meaning, lebih kurang RM33 untuk seorang.. Kalau suruh agent dapat jimat banyakkkk

3. Flight Tickets - RM2900
- Masa beli flight tickets ni ada promo seorang RM500 return... meaning, 4 orang RM2000.. tapi gedebak-gedebuk aku beli untuk atas flight jadi RM2900... Aku beli makanan sorang satu atas flight pergi n balik, beli 2 tablet untuk anak2 atas flight pergi balik, beli luagage yang 25 kg n 30kg, seat selection.

4. Hotel Booking - AUD324 for 4 nights
- Aku book through hotels.com sebab from Trivago dapat paling rendah rate nya di sini. AUD 81 satu malam. Nama hotel is Mountway Holiday Apartment. Aku dah bagi link.. so, korang bolehlah check-it-out kat link tu ye. It is not a luxury and romantic hotel... Memandangkan aku tau laki aku akan gesa kami berjalan sepanjang holiday.. so, aku book sesiap hotel bajet yg so-so je... Apartment ni sangatlah nampak lama n tak cantik.. Tapi bersih n tak geli la... Ada kitchenette n lengkap kelengkapan basik masak.. so, boleh lah korang masak-masak... Tapi aku tak masak pun sebab memang plan tak masak.. aku just gun amicrowave dia je... Sini limited parking... Tapi senang dapat parking on weekday.. On weekend keneberebut sikit.. Tapi banyak legal parking on roadside nearby the aparment.. And it is free for weekend..

5. Car rental - AUD264 for 5 days
- Car rental yang paling murah yang aku survey adalah Burswood Car rental. Rental aku termasuk item-item kat bawah:
200 Kms Fee per day, additional per Kms $ 0.25 , max charge $ 12.50 per day
Baby SeatDaily @ $3.00$12.00
Booster SeatDaily @ $3.00$12.00
GPS Navigation SystemDaily @ $5.00$20.00
SUPREME COVER - Collision Damage Waiver Reduced To NilDaily @ $12.00$48.00
So, FYI, aku ambil full insurance coverage. Kalau tak ambil, ambil basic rental je dalam AUD170 je.. GPS tak perlu ambil rasanya.. Aku pun tak guna.. aku guna Waze je ke mana-mana.

6. Data plan and calls - AUD60
- Data Aussie ni lah aku guna untuk waze n call.. Murah gila... Dapat 15G internet in calls berapa ntah tak ingat.. Dapat lah call mak kat malaysia 3 kali.. Pastu ada lagi bagi AUD5 masa nak balik... Owh, Aku guna YES OPTUS telco.. ada jual kat arrival airport perth...

Tu je la buat masa ni aku cerita pre-preparation.. nanti aku update lagi day 1 until last day... OK!! Layanlah gamba2 kami











Tuesday, August 23, 2016

[EDUCATION] CLASS AND EXTRA CLASS FOR CHILDREN

hi,

Anak aku kan dua orang. Seorang kakak 5tahun dan seorang boy 3tahun. Dua-dua ni preference dia sangat berbeza.

Yang kakak tak suka tengok TV. Kartun pun sikit-sikit je tengok. Tapi dia suka books, colouring. Perangai memang sangat la girl. Memang tak ikut aku langsung. Aku kasar sikit.

Yang adik suka tengok kartun. Suka sport. Suka berimaginasi. Meaning, bila main sorang2 tu dia akan berlakon dan bercerita sekali lah. Pastu lasak.

Dua-dua ni tadika kat Little Caliphs. Aku ada enrol extra class untuk dia orang.

Kakak:
1. English class @ Kumon (Sebenarnya nak survey Kumon @ Cambridge)
2. Math class
3. Colouring class (soon)

Adik
1. Archery class
2. Swimming class
3. Martial art class (soon)

Yang bestnya all classes within 10 - 15 minutes from home. Kalau aku pindah ke Kajang nanti, ada ke classes macam ni kat sana? Kalau ada pun takut jauh. Susah aku nak commit.

REZEKI

Hi..

Tahun ni adalah tahun ke-6 aku  bekerja dan tahun ke-5 perkahwinan. Alhamdulillah, financial dah semakin stabil. Husband pun dah naik pangkat. Of course gaji baru yang bagus. Kerja aku pun dah lama stabil since mid 2013. Kerja government kan.

Tapi tuh lah, bila ada rezeki duit lebih ni, expenses aku pun upgrade la. Anak-anak aku ada extra class yang memerlukan fee dalam 600 - 800 sebulan. Belum masuk yuran tadika. Aku bukan mengeluh tapi aku akan bagi yang terbaik kepada anak-anak selagi mampu.

Tak lupa jugak kepada orang tua kami. Duit bulanan naik lah sikit kan. Sekarang boleh bawak mak ayah lepak tempat best dengan sponsor dari kami (anak-anak). Mak dan ayah aku serta mertua bukan hairan pun nak makan atau lepak tempat best2 ni. Sebab dia orang memang tak pernah susahkan aku tang duit, malah dia orang lagi standard dari aku sebab ada duit kan. Tapi bila dah ada rezeki lebih boleh lah merasa belanja mak ayah.

Aku berdoa Allah tetap memberi kami rezeki yang baik supaya dapat kami kongsi dengan yang memerlukan juga.

Aku paling risau kalau VSS jadi kat husband aku. Nauzubillah. Sebab aku tau dia akan cepat sangat down. Husband aku ni seorang yang tanggungjawab. Rumah, kereta, makan, pakai, percutian semua dia yang tanggung. Duit aku untuk simpanan aku. Aku pun tak tau macam mana gaji dia seorang boleh  tanggung semua ni. Kalau apa-apa jadi pun, gaji aku boleh tanggung family juga. Sebab kami dah biasa gaji husband seorang tanggung family kan. Tapi aku paling takut emosi dan motivasi dia terganggu. Semoga Allah terus merahmati keluarga aku dan dijauhkan dari dugaan seperti ini.

Coretan ni supaya aku rekod dan ingat pengorbanan husband aku yang tetap dengan aku susah senang. Aku pun kena selalu support dia susah senang. Dia nak beli HP pun susah sebab asyik nak memenuhi keperluan aku anak beranak. Baju pun biasa-biasa. Sedangkan dia anak orang yang berada. Apa sahaja dia nak dia boleh dapat dari kecik (janji perangai baik, baru mak dia bagi).

Duit PTPTN aku, husband yang tolong langsaikan. Masa tu dapat surat tunggakan dari PTPTN. Kelam kabut husband aku carikan duit untuk bayar. Aku pernah tak boleh control pengunaan credit card. Bila dah tepu tak tau nak langsaikan hutang, husband aku lagi kene keluarkan duit bayar hutang aku. Allah merahmati aku melalui husband yang baik.Thanks Allah!! Thanks husband!!

Sunday, August 14, 2016

[PROPERTY] Cheras South Kajang

I want to buy this property.. But not much information from the agent.. yet the introduction is so convincing.. The agent said that the developer is Cheras Hong Soon.. I had done some research on this project by googling and asking the developer site... Still, not much info.. The developer admit this is their project to be launched soon.. So, i guess, what make the price is so cheap?? because it is a pre-launch sale...

Anyone!! pls help if you have more info on this..


Tuesday, December 29, 2015

[WORK & VACATION] KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON

Hi,

I forget when was i work outstation at Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Maybe some days around February 2015. I brought along my mom and my eldest kid.

It was a simple and nice hotel. The accommodations and decorations were not latest but pleasant to the eyes and clean. The hotel's restaurant served tasty and good food. I satisfied with the food so much.

Oh, the hotel premise also complete with obsevatory. Here are some pictures: