Tuesday, January 27, 2015

URUSKAN PREPARATION KAHWIN KAKAK

Hi,

Nak cerita pasal uruskan kahwen kakak pada bulan Mei yang lepas. Memang banyak drama dan bengang. Kakak aku kerja kat Melaka tapi rumah family kat KL. Yang ada kat KL aku la. So nak tak nak aku kene tolong untuk preparation.

Mula-mula pening sangat nak cari dewan untuk kahwin. Aku bagi cadangan supaya buat kat rumah baru aku. Tapi ayah aku tak nak. Katanya jauh. Nanti orang tak nak datang. Kenapa tak buat kat umah mak ayah?? Sebab kejiranan yang tak berapa nak friendly and cooperative jika nak pakai jalan awam depan kawasan rumah dia orang. Baik Melayu, Cina ataupun India. Semua selfish sangat. Dewan semua dah penuh. Nak Kahwin bulan 5 tapi baru nak book bulan 3. Memang parah.

Kakak aku kata dia nak majlis yang sangat simple. Kalau nikah pun tak apa dia cakap. Tagline dia dari awal memang nak yang simple sangat janji kahwin.

So aku gigihkan minta ayah aku tanyakan dewan dalam masjid dekat rumah. Memang best sebab masjid tu cantik. Dewan cantik dan sewa murah. Cantik sangatlah. Cuma tak boleh pasang music masa majlis even lagu nasyid. Aku rasa ok lah sebab kakak aku cakap nak simple. Aku bagitahu lah dia pasal hal ni. Dia cakap 'nanti bisulah majlis aku tak boleh pasang music'. Duh!!.

Ok lepas tu aku carikkan dewan awam yang biasa-bia. Dia tak setuju jugak. Katanya tak ada aircond. Last-last mak aku book kan Hotel De Palma ters untuk wedding dia. Baru puas hati dia. Rm38 per head. Ni tak ada pelamin tau. Tapi decoration untuk semua memang tip-top.

Katanya nak simple. Ingat tak ada pelamin ok lah. Tapi mintak aku carikan pelamin untuk dia. Taste memang yang high ja. Aku suggest ambil pelamin rumah je. Sebab pelamin dewan atau hotel selalunya mahal berganda. Mula-mula kakak aku reject. Lama-lama aku pujuk baru lah dia ok. Pelamin ambil dengan Nurul Arbee. Nurul Arbee ni buatkan hantaran untuk dia jugak. Dia buat hantaran aku jugak masa aku kahwin. Charge dia sangat murah. Masa time aku, tahun 2011 dia buat rm30 sedulang guna artificial flower. Masa time kakak aku 2014 dia ambil rm55 guna fresh flower. Murahkan!!

Tapi yang aku geram dengan kakak aku ni dia memang tak prepare apa-apa. harapkan aku  je nak ingatkan dia. Dari tempah kad, tempah deco hantaran, tempah baju. Semua dia nak buat derk. Pastu cakap nak yang simple. Tapi tak da lah sesimple mana. K lah aku masukkan sikit-sikit pic kahwin dia hari tu.












Sunday, January 25, 2015

RAYA WISHLIST 2015

Hi,

Tahun ni berangan nak make over rumah sikit untuk raya nanti. Theme masih blue. But kali ni blue turqoise kot. Sangat obses ok dengan blur. Here are the wishlist

1. make over sofa   Buat sendiri je make over sofa ni. Jimat duit sgt
2. cat dinding
3. more cabinets and wardrobe - Habis duit beli 2 almari, 1 tilam and satu single bed kat IKEA
4. kufi on wall
5. wall mount tv
6. deco para sebelah wall mount tv
7. beli cadar baru - dah beli kat GM Klang. Patch work
8. beli langsir baru  - dah beli kat living mall ioi mall

ni je kot dulu. Nanti kalau ada lagi aku tambah lagi. Mane yang dah fulfill aku strike through ye.

Babai

Tuesday, January 20, 2015

KINTA RIVERFRONT HOTEL & SUITES

Hi all,

Bila buka photos lama-lama kat handphone, terperasan banyak lagi yang aku tak post untuk share dengan semua. Sekali lagi aku nak review pasal hotel yang aku pergi masa bulan november hari tu. Aku pergi atas urusan kerja. Masa pergi ni aku bawak anak aku yang sulung dan mak aku. Dapatlah dia orang rilax di hotel.

Nama hotel tu macam kat tajuk KINTA RIVERFRONT HOTEL & SUITES. Sebelum aku review lebih dalam, aku nak bagitahu hotel ni sangat-sangatlah bagus dari semua segi. Kebersihan. Bilik Hotel yang memuaskan. Makanan breakfast, lunch, dinner yang sedap dan banyak. Amenities yang pelbagai. Ada swimming pool. Ada Gym. Overall aku memang sangat suka, berpuas hati dan enjoy sangat.





Ok sekarang let's story-telling about the journey. Its gonna be a long entry because I have few pics to be shared. Hihihi

Aku pergi naik kereta ke Perak tu. Since tak ada  airport kan Perak.  On the way tu, singgah ke RnR Jejantas Sungai Buluh. Kat sini banyak restauran kan. Tak adalah jakun sebab aku hari-hari balik ofis pun memang lalu RnR ni. Selalu jugak singgah tidur kalau ngantuk nak balik rumah. Kat sini makan lunch dulu kat Dunkin Donut.


Sampai destinasi pukul 5 petang. After check in dan masuk hotel, terus aku bawak anak aku pergi mandi swimming pool. Swimming pool dia kena pakai proper swimming suit. Aku terlupa bawa swimming suit anak aku. Tapi suprisely mak aku ada bawa swimming suit Iman. Lega betul.

  Mak aku kata pic ni macam dugong sesat. Kalau dia tahu aku post pic ni mesti marah dia.

 Taken from my phone. Very nice view and breath taking. Angin sepoi-sepoi gitew.

 Main tepi-tepi je.

 Dah ada kawan. Anak kawan opis
 aku.






Ok lah tak larat nak story semua sebab semua cerita pasal tempat best ja. So layan pics je la ye.

 Lift dia kaca. So boleh nampak luar. Gayat sikit. Tapi mak kau lagi gayat.


 Depan hotel ada taman rekreasi.


Ada satu waktu siang tu aku pergi taman rekreasi tu. Tapi tak ada apa-apa. Lengang tak ada orang. So Layan pic atas jambatan ni.







Kita orang juga cuba laksa sedap kay Padang Polo. Memang sedap laksa dia tapi bukan paling sedap yang aku pernah rasa. Mak aku asyik cakap sedap laksa ni. Lepas makan laksa bawa anak aku main-main kat taman permainan Padang Polo ni.





Masa ni dia buat keras bila aku ajak balik. Dia kata nak main lagi. Jenuhlah aku nak pujuk dia. Nak dukung terus tak larat. Aku kan ada slip disc. Tapi last resort aku dukung jugak dia. Heret ke kereta. menjerit tak ingat punya. So, aku mintak tolong ada budak rempit untuk marah dia. Bagi dia takut sikit. Hehehehe. Dalam kereta dia jerit sekuat hati. Mak aku boleh sakat dia cakap 'Tak kuat tu'. Lagi dia jerit kuat-kuat. Mak aku cakap tak kuat lagi. Lagi kuat dia jerit sampai aku takut cord dia cedera. Pening aku melayan. Hehehe.

Malam terakhir tu aku pergi lagi Recration Park depan hotel. Penuh lampu-lampu. cantik jugak. Tapi yang tak best ramai pulak berdua duaan lelaki perempuan dalam gelap dan tempat tersembunyi. Kalau dah kahwin pun tak elok tunjuk contoh macam tu. Yang bukan islam siap bercium. Tapi perempuan dengan perempuan. Ok tinggalkan yang tak elok. Yang elok ramai juga bro yang memancing ikan kat tasik sini.






Kat Recreation Park ni ada bicycle rental. Anak aku puas lah memujuk aku sewakan basikal untuk dia. Tapi macam mana nak bagi naik, kaki tak sampai nak kayuh. Bila test, nak kayuh pun tak reti. So, aku sewakan bicycle orang dewasa dan yang boleh anak duduk depan tu. Oh, nama kedai tu Kinta O Cycle. Penat aih aku kene bawak bicycle tu sejam. Kematu muntut.







Lepas habis berbasikal anak aku memang flat habis. Tak larat nak jalan. Nak tidur terus. Mak aku kenalah kendong dia.

Ni je cerita aku kat sana. Kalau ada peluang aku nak lagi pergi Perak. Banyak tempat best ruapanya kat sana.