Sunday, November 15, 2015

[FACIAL SPA] PRODUK APA AKU PAKAI?

Hi,

Saja nak share produk muka yang terkini aku pakai. Setakat ni aku puas hati.

1. Kawaii skin collagen - Set Jihan tu


Testimoni: Mula-mula makan ada keputihan keluar sikit.. Lepas dah lama amalkan tak ada dah keputihan. Senggugut pun tak ada. Muka tak jadi putih. Tapi nampak glowing dan bermaya. FRESH!!

2. Nivea pore minimizer facial wash


Testimoni: Pencuci muka aku pakai ni je. Muka memang jadi halus. Lubang pori-pori mengecil. Jerawat pun tak ada. Tapi aku memang jenis tak berjerawat.
.
.
.
Hasilnya
.
.
.

Tak edit ya. Tapi maybe picture kurang kualiti. Pakai bedak sahaja. 

Seminggu dalam dua kali aku pakai mask yang topeng tu. Tapi tak ada specific brand. Belasah je mana yang murah.

Lagi satu facial set jenama local sekarang suka keluarkan produk yang hasilnya akan jadi lebih cerah. Tapi bila dah berhenti guna, muka jadi kusam. Sebab ada base (maybe mercury) yang peeling muka secara halus. Tu yang kalau berhenti akan jadi kusam. Peeling secara halus ni tak berbahaya sebab kalau jumpa specialist pun memang akan dapat produk peeling secara halus ni. Tapi aku tak suka sebab akan buat muka aku cepat kering. Bila kering nampak tua pulak.. HEHEHE..

[PARENTING] PAKSA ANAK JADI PANDAI

Hi,

Aku tahu ramai parents sekarang punyai kesedaran tentang anak-anak tidak boleh terlalu di paksa untuk menjadi pandai. Sebab nanti dia akan jadi bosan dan memberontak. Kita kena tahu bakat anak dan asah dari situ. Generasi sebelum ini, banyak parents yang terlampau push anak untuk pandai, untuk jadi genius.

So, terjadilah parents yang kononnya hantar anak ke tadika terlampau awal, mungkin seawal 3 tahun. Hantar anak tadika ke tuition. Masukkan playgroup. Ada yang berpendapat cara ni boleh memusnahkan zaman anak-anak.

So, aku tengok parents sekarang kurang dah buat benda-benda yang nak jadikan anak cepat pandai.

Aku memang memilih untuk tidak terlampau push anak aku dalam akedamik. Aku nak float with the flow tentang progress anak. Satu tahap aku tengok contoh parents yang tak push anak dalam akedamik. Tapi lama kelamaan aku mula berfikir, adakah betul cara ini?

Kemudian, aku ada satu pemikiran. Aku tak perlu mengharapkan anak aku pandai atau sangat cemerlang dalam akedamik. Biarlah apa yang termampu. Tapi aku perlu pupukkan nilai mencari ilmu dalam diri dia. Nilai suka membaca. Nilai membuat perkara-perkara berfaedah. Aku tak boleh biarkan anak aku berjuang sendirian dalam mengenal dunia.

Maksud aku, aku dah hantar dia ke tadika masa umur 4 tahun. Tapi dalam masa setahun dia belum boleh fasih membaca. Jadi, aku masukkan anak aku kelas tambahan khas untuk membaca. Tujuan aku bukanlah untuk dia jadi terlebih pandai. Biarlah aku dapat tolong dia meningkat sama macam kawan-kawan lain. Siapa yang boleh ajar anak di rumah lagi bagus.

Cara macam ni bukan sahaja dapat pupuk nilai-nilai positif dalam diri dia. Tapi dapat ajar dia untuk berusaha untuk mencapai sesuatu. Ni juga cara nak pupuk minat membaca dalam diri dia. Supaya dia sentiasa cari ilmu.

Aku rasa tak bermakna pula kalau dia masih tak boleh baca tapi aku tak ada effort untuk bantu. Pulak tu buat perkara tak berfaedah selalu, bawa pergi jalan-jalan shopping complex. Memang tak memberi contoh yang baik.

Aktiviti berfaedah yang aku suka buat dengan anak-anak adalah beriadah petang-petang. Aku dan suami suka jogging betul-betul kat taman, bukan jalan-jalan tau. So dia tahu exercise menyihatkan badan. Lepastu kami suka melancong. Belajar benda-benda baru untuk anak-anak. Lagi satu, korang boleh amalkan baca suratkhabar. Cara ni boleh bagi contoh kat anak yang korang pun terlibat dalam aktiviti membaca benda-benda ilmiah. Novel pun boleh kalau nak. Tapi tak berapa galakkan novel sebab kisah-kisah cinta yang tak elok nak di teladani.

Itulah pilihan aku. Sampai masa aku tak sanggup tengok anak aku ketinggalan dari student yang paling pandai (read as anak aku average jugak). Aku takkan marah kalau result dia tak bagus, as long dia dah tuition cum dah buat revision. Dah berusaha kiranya.

Entry ni sebab nak plot anak aku, iman akan start kelat iqra' hari ni dan setiap sabtu pagi ada kelas membaca. Ni pun atas kehendak dia untuk extra class after school.

Semoga Allah permudahkan urusan kami.

Thursday, November 12, 2015

[FAMILY] MENU MALAM SEMALAM


Hi all,



Semalam aku masak ni


Nasi lemak sambal ikan bilis petai.
Lauk dia:
sambal ikan bilis petai
telur sebijik
timun jepun
nasi dengan santan dan garam

Nyum nyum nyum