Wednesday, November 8, 2017

DUIT... HUTANG.. KEBERKATAN REZEKI

Hi,

Tiba-tiba teringat nak cerita pasal duit yang cukup. Sebab sekarang ramai yang selalu cakap aku ni duit banyak tak perlu susah fikir duit cukup ke tak. Aku anggap cakap-cakap tu satu doa juga.

Masa tahun 2013, aku dapat anak baru. Aku teliti fiancial aku sebagai persediaan nak dapat anak kedua. So, bila disenaraikan, perbelanjaan aku negatif. Mula aku fikir kenapa sebab segala keperluan asas suami aku dah tanggung banyak. Aku banyak hutang sikit-sikit tu, sampai bila dihimpun jadi banyak. Hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi di bank dan hutang credit card. Aku himpun semua hutang-hutang dan buat satu hutang baru untuk menutup hutang-hutang aku ni. Repayment adalah selama 12 bulan. Masa ni aku nekad untuk istiqamah dan aku berdoa supaya Allah tetapkan hati aku dalam membebaskan diri dari hutang.

Selepas setahun nampak hasilnya. Aku betul-betul bebas hutang. So, aku boleh beli another house and new car. Walaupun macam tu, duit aku sentisa cukup dan berlebih. Aku rasa rezeki akan menjadi berkat bila kita berusaha membayar hutang atau mengelak hutang. Selain suami menjalankan tanggungjawab untuk rezeki yang berkat, melunaskan hutang akan membuatkan rezeki bertambah-tambah.

Owh, rumah dan kereta tak boleh lah cash. Itu memang kene hutang. Cuma kalau ada duit lebih, bayar lebih dari monthly installment.

Monday, April 10, 2017

TUGAS SUAMI ATAU ISTERI

HI!!!

Macam mana korang bahagikan tugas suami isteri. Aku bersyukurlah memang suami aku buat semua kerja rumah. Tapi aku rasa kadang-kadang melampau pulak sebab kerja rumah suami aku yang buat. Sebab aku ni sentiasa rasa penat.

Aku kan bekerja. Tapi aku kerja bukan untuk tolong suami aku bayar keperluan hidup pun. Jangan suggest aku berhenti kerja. Suami aku lebih suka aku kerja.

Routine macam ni. Pagi... Husband bangun awal dari aku 5.15pagi. Dia start mandi dan iron baju sekolah anak-anak. Lepas tu turun bawah buat susu anak-anak dan buat air coffee untuk aku dan dia sebelum pergi kerja. Lepas tu dia akan mandikan anak-anak dan kemas tempat tidur. Aku pulak bangun pukul 5.40 pagi. Siapkan diri sendiri je. Sebelum keluar rumah minum coffee yang dia buat. Aku tak boleh tolong dia pagi-pagi. Nanti dia marah sebab aku akan lewat ke ofis.

Petang.. Aku beli makanan. Sama ada masak atau beli lah kan. Dia balik pukul 8++ malam. Aku dah siap suapkan anak-anak supaya dia dapat makan dengan tenang. Lepas aku dan suami aku makan, dia akan basuh pinggan dan kemas meja. Bagi dia aku dah penat beli makanan untuk dia. So dia buat tugas kemas-kemas tu. Pastu dia akan buat air coffee lagi untuk malam.

Bila fikir, sikitnya tugas aku. Tu pun nak complaint husband aku kan.

Semalam dia tak sehat. Tapi sebab dia tengok aku penat sangat sampai tertidur pukul 8.30malam, dia buat semua kerja rumah. Tak bagi anak-anak kacau aku tidur.

I am the happiest wife and mama.

Semoga aku berubah jadi isteri n ibu lebih baik.