Monday, March 10, 2014

PRAY FOR MH370

Satu dunia tahu mengenai kapal terbang MH370 yang hilang sabtu lalu 8 Mac 2014 pukul 2.40am. Meremang bulu roma kami suami isteri bila dengar berita ini. Ye la, mana tak nya, Malaysia Airlines tak pernah hadapi tragedy pesawat terhempas. Melainkan hijack dan meletup di udara sekitar tahun 70-an di Tanjung Kupang.

Memang sangat terkedu. Aku tak ikut rapat kes ni selapas hari Isnin. Sebabnya ialah aku kecewa sangat-sangat dengan segala khabar angin yang tersebar kat media sosial. Lepas tu, nak tunggu update rasmi dari berita TV sangat lambat. Bukan nak tuduh dia orang buat kerja lembab. Sebab dia orang pun kena ada keputusan yang sahih sebelum nak buat apa-apa pengumuman. Cuma, aku je yang tak sabar.

Semoga misteri MH370 yang hilang ni terurai dengan segera.


Berita palsu
1. Kapal terbang mendarat dengan selamat di Nanning.
2. Terjumpa serpihan MH370. Ada yang bagitahu orang kerja di offshore dah jumpa serpihan airplane ni. Dan dia orang dah try cari immediately after dia orang jumpa serpihan ni.
3. Rakaman saat terakhir pilot MH370 before terhampas. Yang tu record black box dari Adam Airlines yang terhampas dulu. FYI, MH370 punya black box tak jumpa lagi dan dia orang memang tak buat distress call pun.

Stop speculating. Sebab ramai kecewa bila berita tu tak sahih. Semua orang menunggu dengan penuh harapan.

Seluruh Malaysia Bersatu
Benda macam ni baru meng-unite-kan seluruh rakyat Malaysia yang kebanyakannya berlainan fahaman politik. Aku percaya kerajaan Malaysia dan semua orang buat yang terbaik dan telus untuk misi pencarian MH370 ni. Tapi ada la silap sikit-sikit. Antaranya misi menyelamat dihantar selepas beberapa jam.


Conspiracy
Ada juga yang cakap ini hanyalah conspiracy kerajaan Malaysia untuk kaburi kespendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tapi come on la guys. Kalau ye pun ak tak rasa dia orang buat macam ni. Sebab MAS dah banyak rugi. Dia orang takkan jatuhkan reputation MAS lagi. Teory conspiracy kerajaan ni memang sangat narrow minded.

Tapi kalau conspiracy yang dicetuskan oleh penumpang dalam tu mungkin ya. Contohnya kena hijack. Wallahualam.

Sub-Marine
Singapore kan turun tolong Malaysia kan. Dia orang hantar submarine. So, adalah yang cakap kenapa Malaysia tak hantar submarine yang kita beli. FYI, actually Singapore hantar MV swift Rescue. Ok, boleh baca post bawah ni untuk lebih detail.




Tapi, aku ingatkan korang jangan salahkan rakyat biasa juga. Kita tak tahu. Yang kita tahu dulu surat khabar cakap submarine kita ni power sangat, boleh buat itu ini. Boleh bawa pergi perang dan misi menyelamat. Gebang or fakta surat khabar tak tahulah kan. Rakyat komplen berdasarkan apa yang mereka tahu. So, dah tahu sikit-sikit ni pandai-pandailah ye.

Anyway, thanks to Singapore and other countries yang terlibat dalam misi menyelamat!!!

Tak Sedap Hati
Bulan Januari 2014 aku naik pesawat MAS untuk outstation sebab kerja. Memang tak sedap hati sangat. Flight aku sepatutnya pukul 8.45am. Kami semua dah naik flight. Flight pun dah menuju ke runway untuk depart. Tapi lepas tu stop lama kat tepi. Panas jangan cerita. Lebih kurang satu jam, flight jalan lagi. Kali ni memang dah masuk runway. Tiba-tiba pilot cakap terpaksa patah balik sebab shaft tayar yang untuk take off dan landing ada problem. Lama juga delaynya. Lebih kurang 4jam.

Masa terbang pulak aku rasa tak best. Sebab biasa naik Air Asia. Masa tu aku fikir its about time MAS buang pesawat lama. Aku fikir one day, dalam masa terdekat ada kejadian macam ni. Nauzubillah.

Tapi Alhamdulillah aku tetap selamat sampai.


Takdir
Dalam MH370 dikhabarkan ada 20 pekerja Freescale. Final Test department. Kata berita dalam media sosial la.

Last year, husband aku ada pergi interview untuk position dalam Final Test department, Freescale juga. Sampai 2nd stage interview. Tapi tak berjaya. Tak tahulah kalau dapat kena naik flight ni juga untuk pergi training???

Doa yang baik
Apa-apa pun aku doakan MH370 segera dijumpai dan misteri kehilangannya terungkai dengan cepat. Tapi harapan masih lagi semua orang di MH370 are safe and sound.

Marilah sama-sama kita doakan. Mungkin ada diantara kita, doanya dimakbulkan Allah.