Wednesday, November 8, 2017

DUIT... HUTANG.. KEBERKATAN REZEKI

Hi,

Tiba-tiba teringat nak cerita pasal duit yang cukup. Sebab sekarang ramai yang selalu cakap aku ni duit banyak tak perlu susah fikir duit cukup ke tak. Aku anggap cakap-cakap tu satu doa juga.

Masa tahun 2013, aku dapat anak baru. Aku teliti fiancial aku sebagai persediaan nak dapat anak kedua. So, bila disenaraikan, perbelanjaan aku negatif. Mula aku fikir kenapa sebab segala keperluan asas suami aku dah tanggung banyak. Aku banyak hutang sikit-sikit tu, sampai bila dihimpun jadi banyak. Hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi di bank dan hutang credit card. Aku himpun semua hutang-hutang dan buat satu hutang baru untuk menutup hutang-hutang aku ni. Repayment adalah selama 12 bulan. Masa ni aku nekad untuk istiqamah dan aku berdoa supaya Allah tetapkan hati aku dalam membebaskan diri dari hutang.

Selepas setahun nampak hasilnya. Aku betul-betul bebas hutang. So, aku boleh beli another house and new car. Walaupun macam tu, duit aku sentisa cukup dan berlebih. Aku rasa rezeki akan menjadi berkat bila kita berusaha membayar hutang atau mengelak hutang. Selain suami menjalankan tanggungjawab untuk rezeki yang berkat, melunaskan hutang akan membuatkan rezeki bertambah-tambah.

Owh, rumah dan kereta tak boleh lah cash. Itu memang kene hutang. Cuma kalau ada duit lebih, bayar lebih dari monthly installment.