Sunday, April 6, 2014

[DOCTOR] PLEASE BE A GOOD DOCTOR.. ??

Ok. Kali ni ak nak cerita yang aku jumpa doctor yang selfish. Aku tak nak la jadi patient yang tahu nak mengadu negative pasal doctors saja. But these were really happened to me. Ada few doctor la. Banyak juga lagi doctor n nurse yang baik aku jumpa. Nanti aku cerita dalam entry yang lain. Cerita kali ni, experience yang kedua dan ketiga aku bumped ngan doctor yang sangat arrogant and annoying.

1st, anak aku yg sulung dah demam lama. Mula-mula aku monitor dan bagi dia paracetamol sahaja. Tapi 3 hari demam tak baik. So, jumpa doctor and doctor bagi antibiotik. Aku bagi antibiotik. Tapi demam tak elok walaupun tempoh makan antibiotik dah habis. Aku rushed g private hospital dengan harapan ada la paeds doc. Tapi paeds tak ada, emergency doc pun tak ada. So aku pergi klinik sebelah dan bagi lagi antibiotik. Dah kali kedua Tapi still tak berapa nak elok lagi. Kali ni set date elok-elok ngan paeds doc private hosp tu. It was hospital Umra shah alam.

Ni experience ngan doc tak elok. She was an indian doc. Aku state bangsa doc ni bukan nak racist. Tapi sebab lupa nama doc tu so ak state la bangsa dia. Dia check Iman, masa tengah check tu iman terbatuk. Dia cepat-cepat tolak kepala Iman dan cakap 'haiiyoooo!!!'. Bagi aku sangat rude dan kasar. Boleh terkehel kepale budak. Anak aku baru 2 tahun. Kalau ko takut infected pakai la mask. Lepastu dia cakap macam asyik nak salahkan aku kenapa sekarang bawak jumpa paeds doc. Pening la kepale aku. Aku dah la risau. Dia cakap nak ambil darah. Dia cucuk sana sini nak dapatkan darah. Keluar masukkan jarum untuk dapatkan vain. Memang seriau. Meraung-raung anak aku. Tapi kat sini demam anak aku kebah 3 hari je. Pastu dia demam balik.

Kali ni aku pergi emergency government hospital Ampang. Masa ni dua-dua anak aku demam. Aku bagi tahulah chronology anak aku demam dah berapa banyak antibiotik dia ambil. Bagi juga blood test result. Doctor ni nama dia Andrew. Dia cakap anak aku demam biasa. Aku cakap la takkan demam biasa. Dah sebulan. Patutnya antibiotik ambil dah elok. Dia cakap 'habis nak buat apa? How should i know u bagi antibiotik apa? ni normal procedure, ambil basic antibiotik dulu. Tak baik, 7 hari lagi datang sini balik.' Damn damn damn. Kau doctor kau boleh la guess sikit-sikit apa further investigation ko boleh buat. Kalau aku kaya sangat, aku tak pergi government. Ni nak aku fikirkan untuk ko pulak.

7 hari tu lama sangat aku nak tunggu. Anak aku yang nombor 2 dah baik demam lepas makan antibiotik sehari je. Yang kakak still demam. Hari kedua after gomen hospital, aku bawa lagi g paeds doc. Paeds ni terangkan detail-detail apa yang dia rasa. Dia rasa Iman sakit demam biasa. Nama doc ni Dr. Koh. Bagus. tapi still Iman tak baik demam.

Last sekali ayah aku bawa anak aku pergi Gleneagles hospital. Paeds doc ni pun baik. Sangat berusaha nak tackle budak-budak. Kenalah dengan chargenya. Aku mintak doc ni buat apa-apa investigation asal aku tau anak aku sakit apa dan dia boleh sembuh. Doc buat chest x-ray, blood test dan test herpes semua la. Anak aku ada jangkitan kat paru-paru sikit sebab lama sangat demam. Overall dia ok. Cuma kesihatan down. Bila kena serangan lagi down health dia. Alhamdulillah dengan izin Allah sebab ikhtiar semua, anak aku sembuh. Tapi cost mahu RM6k. Nak macam confirm anak aku ok, aku merayu suruh doc dischargekan anak dari ward. Hihihi.. Dah over RM5K masa tu. Doc ni nama Dato' Vernon.