Sunday, October 25, 2015

[BUDAYA] PERLI MEMERLI, BIDAS MEMBIDAS

Hi,

Rasa nak kupa budaya FB sekarang. Bidas membidas, perli memerli. Kalau suri rumah up post konon tak la senang mana buat kerja rumah.. Nanti ada working mom pulak balas post penat kerja dan kena buat kerja umah lagi. Pening-pening nak tengok post sorang-sorang. Nak buktikan siapa lagi busy, siapa lagi banyak kerja gamaknya.

Untuk current isu. Pasal kes tutup sekolah. Ada post hencap KPM sebab tutup sekolah. Rasa terbeban sebab anak tak ada siapa nak jaga. Maka terkeluarlah cikgu makan gaji buta, cikgu dapat cuti. Tup tup ada cikgu yang up pulak post, semua tu dusta belaka. Perli balik mak pak yang tak nak responsible atas keselamatan dan kesihatan anak-anak sendiri. Maka sekalinya lagi, jadi lah perli memerli, balas membalas antara cikgu-cikgu dan mak pak ini.

Yang aku herannya rajin lah deme ni nak melayan post-post caci maki ni. Dibalasnya post tersebut dengan caci maki yang lebih power. Tak ada beza lah korang-korang spesies ni. Spesies cepat sentap dan suka maki.

Dah tahukan, dalam dunia ni orang bermacam-macam background. Ada yang pandai dan ada yang kurang pandai. Macam-macam akhlak. Ada yang kaki perli. Yang spesies ni perasan diri sendiri MR/S PERFECT sajo. Sampaikan setiap status nak hambur orang. Ada yang kaki hasad dengki. Ada yang kaki riak. Yang baik pun banyak. So aku rasa kalau yang nak berbalas post sentap tu rasa diri sendiri baik dan bijak, korang stop lah.

Thursday, October 22, 2015

[SAVING] Life without debt

Hi,

Apa pandangan korang pasal life without debt ni?? Mesti semua orang suka!!!

Ada yang bg tips macam mana nak beli kereta cash. Antara yang aku jumpa kat FB or ada yang dah viral pun, flownya lebih kurang macam ni lah:
1. Kerja --> kumpul duit separuh gaji
2. Beli kereta 2nd hand dulu
3. Kumpul duit lagi sampai mampu beli kereta baru cash!!

WOOO!!!

Bagi aku, ok je kalau ko hutang benda basic seperti rumah atau kereta. Hidup jangan la bertunggakkan duit sahaja. Kononnya kumpul-kumpul duit 5 tahun nak beli kereta cash. Tiba-tiba tahun ke lima ko mati tak sempat nak beli kereta. ENJOY lah waris-waris ko. Bukan senang wohh nak maintain kereta second hand. Silap hari bulan duit gaji dan duit simpanan habis repair kereta sahaja.

Tips aku guna:
1. Boleh hutang untuk basic kereta dan rumah.
2. Rumah pertama belilah di kawasan yang ko yakin ko boleh duduk dan stabil untuk pergi balik kerja.
3. Kereta biarlah yang mampu untuk bayar bulanan.
4. Jangan mula membuat personal loan.

Kumpul duit beli benda-benda ni merepek je. Aku pernah tengok orang yang suka sangat kumpul duit jadi kaya, lepas tu meninggal duinia. Enjoy waris guna duit dia. Dia masa hidup berdikit-dikit duit dia. Hidup pulak single.

Tak ok ke??

[JEREBU] DAYCARE TUTUP. I AM IN DELIMMA

Hi all,

Aku nak story pasal jerebu ni. Daycare anak aku tutup. Katanya sebab pihak berwajib akan kompaun sekolah yang tidak mematuhi arahan pekeliling dari KPM. Anak aku tadika dan daycare ditempat yang sama. Jadi, daycare dia cakap dia orang terpaksa tutup.

Aku tak berani komen sebab cikgu dah tunjuk pekeliling KPM dan aku takut cikgu salah paham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Kerunsingan aku ni, aku tak adalah sampai up status di FB. Tapi adalah komen di post orang yang up status di FB pasal benda nih. Macam biasalah response dari orang yang tak berkaitan (yakni ibu bapa yang PERFECT) sangat menyakitkan hati.

Post:
''Tuh la kalau dah anggap sekolah sebagai nursery. So bila sekolah tutup, terus mak bapak rasa susah sangat''
Aku komen:
''Masalahnya daycare pun tutup. Terpaksalah cuti seminggu''

Post:
''Kalau kau rasa terbeban ngan masalah sekolah tutup, jangan nanti ko hairan anak ko terbeban dan hantar ko kat rumah orang tua''
Perasaan aku:
''Sedih aku rasa tak jadi ibu PERFECT seperti dia. Kalau lah dia tahu setiap ibu semua sayangkan anak. Memang tak rasa terbeban. Cuma keperluan masa sekarang memang cemburui aku. Office aku tengah minggu audit dan busy dengan keperluan parlimen. Tak boleh bawa anak dalam minggu audit. Husband aku kerja kilang.

Post
''Anak tu amanah Allah. So pasal jerebu ni apasalahnya ibu bapa EL demi anak2. Atau bawak anak ke office. Jangan nak harapkan cikgu sahaja''
Perasaan aku:
Sama lah. Tak ada ruang nak bawak anak ke office.

Post
''Jangan salahkan daycare je. Kita ibu bapa kena bertanggungjawb pada anak.''
Perasaan aku:
''Siapalah kita nak salah kan daycare yang menggantikan kita sebagai ibu bapa masa kita kerja. Tapi orang tetap twist apa kita rasa.''

Pengajarannya, aku rasa pekeliling KPM boleh lebih specific sekolah atau sekolah tadika yang sekali dengan daycare perlu ditutup. Cuti EL 2-3 kali sebulan atau seminggu boleh kena buang kerja wooo. Plus, kita perlu berbincang dengan daycare tentang benda ni. Dari kita post sana sini menyebabkan orang salah anggap.

Parents lain yg PERFECT pula janganlah menambah luka atau api dalam hati ibu bapa yang tak PERFECT macam anda. Korang maybe tak tahu apa masalah orang lain. Setiap orang lain-lain. Orang lain tak PERFECT macam korang yang sentiasa PERFECT!!!