Tuesday, December 23, 2014

[MAKE OVER] COVER SOFA

Hi all,

Masa pindah ke rumah baru awal tahun ni.. Aku banyak beli set perabot di IKEA. Sebab IKEA ni kalau pandai cari memang akan dapat perabot yang murah dan modern. Aku rasalah modern. Hihihihi.. Tapi aku dah tersalah beli sofa. Aku beli sofa 2 seater ni, KLOBO. Warna putih dan memang tak ada cover yang boleh tutup sofa aku ni. Warna putih tu lama-lama tukar warna sebab tangan anak-anak aku yang suka pegang sofa tu.. Memang pening mak.. Kalau beli jenis KLIPPAN, memang IKEA ada jual cover dia. Bawah ni pic contoh sofa aku..



Nampak macam ok. Tapi kalau tengok dekat-dekat macam kotor sangat. Mula-mula aku lapik la dengan kain kat bench sahaja. Tapi kotor-kotor kat tempat lain stil nampak. Dan mak sangat sakit hati. So untuk raya haritu aku buat la cover untuk sofa. Yang boleh detach dan basuh. Aku cuma design tapi adik aku yang jahit sebab aku tak pandai jahit. Owh lupa nak bagi tahu, Upah tukar cover ni paling murah RM450. Tak termasuk kain. So, aku DIY la sendiri untuk jimat cost.

Ok ni lah hasilnya. Korang mesti rasa not bad. Tapi kain dia selalu tercabut dan tak kemas. Gelembung sana sini. Modal hanya RM100 dan cost upah jahit RM50. Bagi upah kat adik buat minum-minum. Kejap je siap.. Sebab aku potong kain.. DIa jahit je ikut direction aku..

Tapi sebab cover ni tak kemas. Husband aku selalu la bising. Sebab husband aku ni rajin sangat kemas rumah dan tak boleh tengok rumah bersepah sikit. So, misi baru dan nekad untuk mencari cover sofa jenis ni jugak. Rata-rata yang jual di oversea. Aku bagi contoh satu website ni comfort-work. Yang ni paling murah tapi selepas convert dan tambah shipping harganya jadi RM520. Kalau kat Malaysia RM1000 untuk satu kerusi.. Pening masa ni pk nak buat macam mana..

At last, aku determined untuk DIY sendiri cover seat ni.. Caranya:
1. Detached all parts.
2. Wrap part by part macam balut hadiah tu.. Cantik2 dan kemas2. Pastu stapler
3. Dah siap. Jahit certain point supaya tak terlari.

Hasilnya










Bagi aku hasilnya memuaskan.. Next week nak buat untuk satu lagi sofa. Modal hanya RM40 untuk kain.

EXCAITED!!

Monday, December 22, 2014

KAHWIN AWAL

Hi all,

Aku nak tulis pasal isu kahwin awal ni. Ye lah, isu terbaru pasal budak perempuan 15tahun kahwin dengan budak lelaki 17tahun. Aku rasa kahwin awal ni ok sebab untuk mengelakkan zina dan pembuangan bayi. MULA-MULA rasa mcam ni.

Tapi selepas aku menjadi ibu perspektif aku lain. Bagi aku kahwin awal tak perlu kalau semata-mata untuk membendung hawa nafsu. Nafsu kalau tak boleh dibendung dan dicontrol, kalau kau dah kahwin pun kau akan melakukan ZINA. Tak boleh kahwin awal is not a reason kau boleh/ akan berzina. Zina memang sesungguhnya perbuatan terkutuk kau kena elak dan tak boleh sama sekali lakukan.

Apa yang paling penting education yang terbaik kita as ibu bapa.
1. Beri pendidikan agama yang sempurna kepada anak. Supaya kecendeungan anak tidak terhadap seks. Dunia ni banyak lagi benda yang perlu remaja-remaja terokai dan belajar.
2. Rumah tangga bukan semata-mata kau hidup bahagia dengan suami tercinta. Peluk-peluk gitu. Tapi kalau rezeki yang baik kau akan dapat anak cepat. Jaga anak ni tidur pun tak lena. Bukan berbulan-bulan tapi makan tahun. Kalau rezeki dapat anak lagi, lagilag kau tak boleh tidur malam lena tahun dan tahun dan tahun dan tahun.
3. Kewangan mesti stabil. Kalau tak stabil pun at least ada sumber pendapatan yang kukuh. Tapi kalau kau tak kesah nak guna duit mak bapak kau sahaj, tak tahulah nak cakap ape. Kalau kau sanggup untuk disoal olehNYA di akhirat pasal nafkah duit, lagi lah tak tahu nak cakap apa.

Ada yang bagi pendapat orang sekarang kena kahwin awal sebab banyak cerita tak senonoh kat TV. Mudah terpengaruh lah. Tapi bagi aku tetap tak matang untung menggalas tanggungjawab. Lagi pun mak bapak sekarang jaga anak macam bayi. Manja sangat. Kalau nak compare dengan orang zaman dulu-dulu jauh beza. Nak masak, nak kemas rumah pun tak reti.

Stand untuk aku paling awal ialah bila kau dah masuk universiti. Nak kahwin masa tu, kahwinlah. At least cahaya masa hadapan dah nampak sedikit.

Thursday, December 18, 2014

MARRIAGE

Hi All...

Cerita rumah tangga aku pulak.. Bukan nak belagak tapi Alhamdulillah masih bahagia.. Masih hot seperti masa mula-mula bercinta.. Tapi ada lah gaduh-gaduh.. Maklumlah kami berempat sekarang.. Hihihi..

Husband aku garang, kuat marah, membebel.. Tapi selalu beralah, cepat pujuk, sangat caring. Paling penting relevan. Suka ketawa dengan lawak-lawak hambar aku. Suka dengar cerita dan keluh kesah aku. Dia pun kelakar dengan cara dia.

Aku. Malas sikit. Tapi boleh consider bantu  husband dalam kerja rumah. Malas tu bukan sebab apa, aku rasa kudrat aku sebagai seorang perempuan sangat lah keperempuanan.. LEMAH!!.. Aku selalu penat. Macam mana nak bagi bertenaga.. Sedih!!

Oleh kerana aku selalu penat, husband aku banyak buat kerja umah sebab dia kata tenaga dia kuat.. HAHAHA.. Tapi rasa nak menangis bila aku kata aku penat dan aku kurang buat kerja rumah on weekday. Orang kata nanti husband aku lama-lama bosan. (Suami aku tak pernah komplen).. Bukan semua dia buat juga. Aku tetap tau bahagian aku as isteri nak buat apa.. Aku kerja jauh. Berdikari. Tak da mintak dia hantar ke situ ke mari. Pergi kerja sendiri. Time mengandung pergi kerja sendiri. Kalau rasa contraction time driving tu tawakal la. Check up maternity KK sendiri. Tak kuasa nak bazirkan cuti husband. Petang-petang aku tak masak. So aku beli makanan siap-siap supaya laki kau yang balik lambat tak penat nak kena beli makanan lagi. Aku willing to kerja walaupun jauh.

Cukuplah husband aku tahu menghargai pengorbanan aku.. Laki aku kata masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

CERITA MELAYU

Hi all..

Aku rasa aku dah jadi peminat cerita melayu.. Banyak juga yang merepek dan tak logik cerita Melayu.. Jalan cerita yang klise, kebudak-budakan dan jalan cerita sama.. Tapi sebab apa??? Sebab aku bukan tipikal malay yang ada ASTRO... So nak tak nak cerita Melayu aku hadap banyak-banyak dan hari-hari..

Sungguh tak sangka.. Baru boleh satu kepale dengan husband aku.. Husband aku suka tengok drama tak kira tamil, hindustan, melayu, cina, orang putih.. Semua dia bedal.. hihihi...

Sunday, November 30, 2014

[PART 3] VACATION 4D3N SURABAYA

Hi u ols!! Hari ni sambung lagi vacation story kat Surabaya. Hari yang ketiga ni bagi aku yang paling best. Sebab pada hari ni kami full day di Taman Safari. Di taman Safari ni ada mini Theme Park.

Fee masuk Taman Safari dan Theme Park adalah sangat murah dan berbaloi-baloi sangat. Tiket masuk taman safari adalah IDR75000 bersamaan RM19 seorang. Murahkan?? Theme Park pulak satu ride IDR5000. Kalau all in ride is RM1500 sahaja. Memang puas kami bermain.

Lagi satu taman safari ni open ride. Kita masuk kandang haiwan dari yang jinak ke yang paling garang macam singa dengan menaiki van. Plus, kita berpeluang bagi makan haiwan-haiwan yang kita jumpa. Best gila. Jumpa singa dan harimau dengan jarak sangat dekat dan real.

Lepastu ride untuk binatang seperti unta, kuda, gajah hanyalah IDR15000 seorang. Memang sangat murah. Masa aku pergi ni banyak pertunjukan binatang yang ada. Aku sempat tengok pertunjukan Dolphin dan Gajah sahaja.

Oklah... Layan la gambar-gambar di bawah. Biar gambar berbicara.
























































Overall tempat ni memang best. Nak cerita satu-satu mainan yang ada memang banyak.. So korang google lah untuk tahu lebih lanjut.

lepas ni aku akan update part 4 pulak.. yang terakhir sekali.. bye!!!