Tuesday, August 23, 2016

REZEKI

Hi..

Tahun ni adalah tahun ke-6 aku  bekerja dan tahun ke-5 perkahwinan. Alhamdulillah, financial dah semakin stabil. Husband pun dah naik pangkat. Of course gaji baru yang bagus. Kerja aku pun dah lama stabil since mid 2013. Kerja government kan.

Tapi tuh lah, bila ada rezeki duit lebih ni, expenses aku pun upgrade la. Anak-anak aku ada extra class yang memerlukan fee dalam 600 - 800 sebulan. Belum masuk yuran tadika. Aku bukan mengeluh tapi aku akan bagi yang terbaik kepada anak-anak selagi mampu.

Tak lupa jugak kepada orang tua kami. Duit bulanan naik lah sikit kan. Sekarang boleh bawak mak ayah lepak tempat best dengan sponsor dari kami (anak-anak). Mak dan ayah aku serta mertua bukan hairan pun nak makan atau lepak tempat best2 ni. Sebab dia orang memang tak pernah susahkan aku tang duit, malah dia orang lagi standard dari aku sebab ada duit kan. Tapi bila dah ada rezeki lebih boleh lah merasa belanja mak ayah.

Aku berdoa Allah tetap memberi kami rezeki yang baik supaya dapat kami kongsi dengan yang memerlukan juga.

Aku paling risau kalau VSS jadi kat husband aku. Nauzubillah. Sebab aku tau dia akan cepat sangat down. Husband aku ni seorang yang tanggungjawab. Rumah, kereta, makan, pakai, percutian semua dia yang tanggung. Duit aku untuk simpanan aku. Aku pun tak tau macam mana gaji dia seorang boleh  tanggung semua ni. Kalau apa-apa jadi pun, gaji aku boleh tanggung family juga. Sebab kami dah biasa gaji husband seorang tanggung family kan. Tapi aku paling takut emosi dan motivasi dia terganggu. Semoga Allah terus merahmati keluarga aku dan dijauhkan dari dugaan seperti ini.

Coretan ni supaya aku rekod dan ingat pengorbanan husband aku yang tetap dengan aku susah senang. Aku pun kena selalu support dia susah senang. Dia nak beli HP pun susah sebab asyik nak memenuhi keperluan aku anak beranak. Baju pun biasa-biasa. Sedangkan dia anak orang yang berada. Apa sahaja dia nak dia boleh dapat dari kecik (janji perangai baik, baru mak dia bagi).

Duit PTPTN aku, husband yang tolong langsaikan. Masa tu dapat surat tunggakan dari PTPTN. Kelam kabut husband aku carikan duit untuk bayar. Aku pernah tak boleh control pengunaan credit card. Bila dah tepu tak tau nak langsaikan hutang, husband aku lagi kene keluarkan duit bayar hutang aku. Allah merahmati aku melalui husband yang baik.Thanks Allah!! Thanks husband!!

No comments:

Post a Comment