Tuesday, December 23, 2014

[MAKE OVER] COVER SOFA

Hi all,

Masa pindah ke rumah baru awal tahun ni.. Aku banyak beli set perabot di IKEA. Sebab IKEA ni kalau pandai cari memang akan dapat perabot yang murah dan modern. Aku rasalah modern. Hihihihi.. Tapi aku dah tersalah beli sofa. Aku beli sofa 2 seater ni, KLOBO. Warna putih dan memang tak ada cover yang boleh tutup sofa aku ni. Warna putih tu lama-lama tukar warna sebab tangan anak-anak aku yang suka pegang sofa tu.. Memang pening mak.. Kalau beli jenis KLIPPAN, memang IKEA ada jual cover dia. Bawah ni pic contoh sofa aku..



Nampak macam ok. Tapi kalau tengok dekat-dekat macam kotor sangat. Mula-mula aku lapik la dengan kain kat bench sahaja. Tapi kotor-kotor kat tempat lain stil nampak. Dan mak sangat sakit hati. So untuk raya haritu aku buat la cover untuk sofa. Yang boleh detach dan basuh. Aku cuma design tapi adik aku yang jahit sebab aku tak pandai jahit. Owh lupa nak bagi tahu, Upah tukar cover ni paling murah RM450. Tak termasuk kain. So, aku DIY la sendiri untuk jimat cost.

Ok ni lah hasilnya. Korang mesti rasa not bad. Tapi kain dia selalu tercabut dan tak kemas. Gelembung sana sini. Modal hanya RM100 dan cost upah jahit RM50. Bagi upah kat adik buat minum-minum. Kejap je siap.. Sebab aku potong kain.. DIa jahit je ikut direction aku..

Tapi sebab cover ni tak kemas. Husband aku selalu la bising. Sebab husband aku ni rajin sangat kemas rumah dan tak boleh tengok rumah bersepah sikit. So, misi baru dan nekad untuk mencari cover sofa jenis ni jugak. Rata-rata yang jual di oversea. Aku bagi contoh satu website ni comfort-work. Yang ni paling murah tapi selepas convert dan tambah shipping harganya jadi RM520. Kalau kat Malaysia RM1000 untuk satu kerusi.. Pening masa ni pk nak buat macam mana..

At last, aku determined untuk DIY sendiri cover seat ni.. Caranya:
1. Detached all parts.
2. Wrap part by part macam balut hadiah tu.. Cantik2 dan kemas2. Pastu stapler
3. Dah siap. Jahit certain point supaya tak terlari.

Hasilnya










Bagi aku hasilnya memuaskan.. Next week nak buat untuk satu lagi sofa. Modal hanya RM40 untuk kain.

EXCAITED!!

6 comments:

  1. Sis, berapa meter kain ye utk cover klobo ni? Tq

    ReplyDelete
  2. Kain jenis apa u pakai ni nampal macam tebal.

    ReplyDelete
  3. Kain jenis apa u pakai ni nampal macam tebal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain macam material kain sekolah.. lupa pulak nama dia

      Delete
  4. Menarik idea ni... sy pun baru terjumpa sofa cover kat web bwh ni Tapi mcmana nak tau boleh fit sofa saya ke tak... https://www.spotlightstores.com/my/home/home-decorating/furniture-covers/surefit-ardor-3-seater-sofa-cover/p/BP80282676

    ReplyDelete