Thursday, December 18, 2014

MARRIAGE

Hi All...

Cerita rumah tangga aku pulak.. Bukan nak belagak tapi Alhamdulillah masih bahagia.. Masih hot seperti masa mula-mula bercinta.. Tapi ada lah gaduh-gaduh.. Maklumlah kami berempat sekarang.. Hihihi..

Husband aku garang, kuat marah, membebel.. Tapi selalu beralah, cepat pujuk, sangat caring. Paling penting relevan. Suka ketawa dengan lawak-lawak hambar aku. Suka dengar cerita dan keluh kesah aku. Dia pun kelakar dengan cara dia.

Aku. Malas sikit. Tapi boleh consider bantu  husband dalam kerja rumah. Malas tu bukan sebab apa, aku rasa kudrat aku sebagai seorang perempuan sangat lah keperempuanan.. LEMAH!!.. Aku selalu penat. Macam mana nak bagi bertenaga.. Sedih!!

Oleh kerana aku selalu penat, husband aku banyak buat kerja umah sebab dia kata tenaga dia kuat.. HAHAHA.. Tapi rasa nak menangis bila aku kata aku penat dan aku kurang buat kerja rumah on weekday. Orang kata nanti husband aku lama-lama bosan. (Suami aku tak pernah komplen).. Bukan semua dia buat juga. Aku tetap tau bahagian aku as isteri nak buat apa.. Aku kerja jauh. Berdikari. Tak da mintak dia hantar ke situ ke mari. Pergi kerja sendiri. Time mengandung pergi kerja sendiri. Kalau rasa contraction time driving tu tawakal la. Check up maternity KK sendiri. Tak kuasa nak bazirkan cuti husband. Petang-petang aku tak masak. So aku beli makanan siap-siap supaya laki kau yang balik lambat tak penat nak kena beli makanan lagi. Aku willing to kerja walaupun jauh.

Cukuplah husband aku tahu menghargai pengorbanan aku.. Laki aku kata masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

No comments:

Post a Comment