Monday, December 22, 2014

KAHWIN AWAL

Hi all,

Aku nak tulis pasal isu kahwin awal ni. Ye lah, isu terbaru pasal budak perempuan 15tahun kahwin dengan budak lelaki 17tahun. Aku rasa kahwin awal ni ok sebab untuk mengelakkan zina dan pembuangan bayi. MULA-MULA rasa mcam ni.

Tapi selepas aku menjadi ibu perspektif aku lain. Bagi aku kahwin awal tak perlu kalau semata-mata untuk membendung hawa nafsu. Nafsu kalau tak boleh dibendung dan dicontrol, kalau kau dah kahwin pun kau akan melakukan ZINA. Tak boleh kahwin awal is not a reason kau boleh/ akan berzina. Zina memang sesungguhnya perbuatan terkutuk kau kena elak dan tak boleh sama sekali lakukan.

Apa yang paling penting education yang terbaik kita as ibu bapa.
1. Beri pendidikan agama yang sempurna kepada anak. Supaya kecendeungan anak tidak terhadap seks. Dunia ni banyak lagi benda yang perlu remaja-remaja terokai dan belajar.
2. Rumah tangga bukan semata-mata kau hidup bahagia dengan suami tercinta. Peluk-peluk gitu. Tapi kalau rezeki yang baik kau akan dapat anak cepat. Jaga anak ni tidur pun tak lena. Bukan berbulan-bulan tapi makan tahun. Kalau rezeki dapat anak lagi, lagilag kau tak boleh tidur malam lena tahun dan tahun dan tahun dan tahun.
3. Kewangan mesti stabil. Kalau tak stabil pun at least ada sumber pendapatan yang kukuh. Tapi kalau kau tak kesah nak guna duit mak bapak kau sahaj, tak tahulah nak cakap ape. Kalau kau sanggup untuk disoal olehNYA di akhirat pasal nafkah duit, lagi lah tak tahu nak cakap apa.

Ada yang bagi pendapat orang sekarang kena kahwin awal sebab banyak cerita tak senonoh kat TV. Mudah terpengaruh lah. Tapi bagi aku tetap tak matang untung menggalas tanggungjawab. Lagi pun mak bapak sekarang jaga anak macam bayi. Manja sangat. Kalau nak compare dengan orang zaman dulu-dulu jauh beza. Nak masak, nak kemas rumah pun tak reti.

Stand untuk aku paling awal ialah bila kau dah masuk universiti. Nak kahwin masa tu, kahwinlah. At least cahaya masa hadapan dah nampak sedikit.

No comments:

Post a Comment