Showing posts with label jimat. Show all posts
Showing posts with label jimat. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

[MAKE OVER] COVER SOFA

Hi all,

Masa pindah ke rumah baru awal tahun ni.. Aku banyak beli set perabot di IKEA. Sebab IKEA ni kalau pandai cari memang akan dapat perabot yang murah dan modern. Aku rasalah modern. Hihihihi.. Tapi aku dah tersalah beli sofa. Aku beli sofa 2 seater ni, KLOBO. Warna putih dan memang tak ada cover yang boleh tutup sofa aku ni. Warna putih tu lama-lama tukar warna sebab tangan anak-anak aku yang suka pegang sofa tu.. Memang pening mak.. Kalau beli jenis KLIPPAN, memang IKEA ada jual cover dia. Bawah ni pic contoh sofa aku..



Nampak macam ok. Tapi kalau tengok dekat-dekat macam kotor sangat. Mula-mula aku lapik la dengan kain kat bench sahaja. Tapi kotor-kotor kat tempat lain stil nampak. Dan mak sangat sakit hati. So untuk raya haritu aku buat la cover untuk sofa. Yang boleh detach dan basuh. Aku cuma design tapi adik aku yang jahit sebab aku tak pandai jahit. Owh lupa nak bagi tahu, Upah tukar cover ni paling murah RM450. Tak termasuk kain. So, aku DIY la sendiri untuk jimat cost.

Ok ni lah hasilnya. Korang mesti rasa not bad. Tapi kain dia selalu tercabut dan tak kemas. Gelembung sana sini. Modal hanya RM100 dan cost upah jahit RM50. Bagi upah kat adik buat minum-minum. Kejap je siap.. Sebab aku potong kain.. DIa jahit je ikut direction aku..

Tapi sebab cover ni tak kemas. Husband aku selalu la bising. Sebab husband aku ni rajin sangat kemas rumah dan tak boleh tengok rumah bersepah sikit. So, misi baru dan nekad untuk mencari cover sofa jenis ni jugak. Rata-rata yang jual di oversea. Aku bagi contoh satu website ni comfort-work. Yang ni paling murah tapi selepas convert dan tambah shipping harganya jadi RM520. Kalau kat Malaysia RM1000 untuk satu kerusi.. Pening masa ni pk nak buat macam mana..

At last, aku determined untuk DIY sendiri cover seat ni.. Caranya:
1. Detached all parts.
2. Wrap part by part macam balut hadiah tu.. Cantik2 dan kemas2. Pastu stapler
3. Dah siap. Jahit certain point supaya tak terlari.

Hasilnya










Bagi aku hasilnya memuaskan.. Next week nak buat untuk satu lagi sofa. Modal hanya RM40 untuk kain.

EXCAITED!!

Monday, September 2, 2013

PERLU YANG MEMAHAMI

Tak habis lagi isu petrol naik ni.. banyak sangat nak diluahkan sebab rasa kecewa yang melampau-lampau... Saya bukan tak sayang UMNO... Memang benar tokoh-tokoh dulu betul-betul memperjuangkan hak rakyat... Tapi tu dulu... Saya hidup dizaman ini.. Saya nak survive dizaman ini.. Saya perlukan pemimpin yang betul-betul memahami rakyat marhean.. Regardless the personal issue.. tak kesah lah pemimpin tu ada masalah personaliti atau pun peribadi, saya akan pilih jika dia memahami kami... Sebabnya, manuasia zaman ni semua tak betul hanya yang memahami menambah plus point untuk mempertahankan rakyat seperti kami..

Contohila Tun Mahathir.. Caranya simple, menjaga periuk nasi rakyat... Saya rasa taklah telampau susah hidup zaman Tun Dr. Mahathir... Mungkin ada isu peibadinya tetapi dia tidak menekan rakyat...



PETROL NAIK 20 SEN SAHAJA!!!!

Assalamualaikum readers,

Semalam saya dan suami dikejutkan dengan kenaikan harga petrol pula 20 sen.. Datok PM Ajib memujuk hati rakyat pula dengan kenaikan pemberian BR1M.. Kami suami isteri terdiam seketika sebab terkejut dengan kenaikan harga petrol ni..

Macam-macam kami fikir dan saya terfikir segala perancangan mengenai kewangan kami terencat.. Kami bercadang nak pindah rumah sendiri yang lokasinya lebih jauh.. lebih kurang 140km untuk suami berulang alik ke pejabat setiap hari.. Manakala saya 100km perjalanan setiap hari.. Kami baru hendak berasa lega sebab tahun hadapan gaji naik, dapat menampung kos perjalanan kami yang makin jauh.. Tapi, apakan daya pengumuman Datok Najib betul-betul mengecewakan diri.. Orang ada memerli kami dengan soalan 'Dah tahu rumah mahal kenapa beli jauh-jauh'.. Jawapan saya simple je mula-mula 'Kami ingin landed house, besar dan tak payah fikir nak beli rumah lain'... Orang itu menambah lagi, 'rumah besar buat ape tapi menyusahkan diri. Anak bini terabai. Pergi dan balik tak nampak matahari. Quality time with family lagi penting'.. Saya malas nak jawab lagi lepas tu. Tapi hakikatnya, diri ini nak jawab 'Kami beli rumah ni 3 tahun lepas di mana tempat kerja kami dekat dengan rumah. Tapi suami dapat tawaran kerja yang lebih bagus, jadi berpindahlah dia ke tempat kerja baru yang lebih baik.. Saya pula dapat tawaran kerja yang lebih baik dan stabil. Jadi saya pun berpindah kerja. Plus, tempat kerja yang dekat rumah tu sudah ditutup sebab tak dapat sustain the business. Beli rumah bukan macam beli gula-gula. Hari ini kau suka, kau beli. Esok kau tak suka, kau beli lain. So, nak tak nak itulah rumah kami yang jauh dari tempat kerja'..

Berbalik kepada isu kenaikan harga petrol ni. Kalau petrol naik harga, harga barang-barang lain akan naik juga. Fuhhh!!! Rasa berpeluh memikirkan soal kenaikan harga barang yang lain.

BR1M yang ditawarkan pula tak layak untuk kami terima. So, apa motifnya memberi BR1M dengan kenaikan harga minyak. Di sini saya listkan expenses lebih kurang untuk keluarga macam kami ni. Maksudnya, orang yang baru habis belajar, lepas tu kahwin, kemudian mempunyai anak dan bakal mempunyai anak lagi.


Ni perbelanjaan untuk suami isteri. Tinggallah RM1290 untuk makan, simpanan, minyak, emergencies suami isteri..Belum masuk Astro, internet, insurance.

Sedih dan kecewa rasa. Tak apalah anggap saja ini dugaan Allah untuk hamba-hambaNYA.. Supaya kita lebih beringat kepadaNYA.

Okaylah cukuplah mengeluh!!! Saya nak share doa-doa yang berguna untuk kesusahan hati ini.









OKAY Till now.. Nanti saya plan nak share on managing duit supaya tak susah untuk kita nanti...