Assalamualaikum readers,
Semalam saya dan suami dikejutkan dengan kenaikan harga petrol pula 20 sen.. Datok PM Ajib memujuk hati rakyat pula dengan kenaikan pemberian BR1M.. Kami suami isteri terdiam seketika sebab terkejut dengan kenaikan harga petrol ni..
Macam-macam kami fikir dan saya terfikir segala perancangan mengenai kewangan kami terencat.. Kami bercadang nak pindah rumah sendiri yang lokasinya lebih jauh.. lebih kurang 140km untuk suami berulang alik ke pejabat setiap hari.. Manakala saya 100km perjalanan setiap hari.. Kami baru hendak berasa lega sebab tahun hadapan gaji naik, dapat menampung kos perjalanan kami yang makin jauh.. Tapi, apakan daya pengumuman Datok Najib betul-betul mengecewakan diri.. Orang ada memerli kami dengan soalan 'Dah tahu rumah mahal kenapa beli jauh-jauh'.. Jawapan saya simple je mula-mula 'Kami ingin landed house, besar dan tak payah fikir nak beli rumah lain'... Orang itu menambah lagi, 'rumah besar buat ape tapi menyusahkan diri. Anak bini terabai. Pergi dan balik tak nampak matahari. Quality time with family lagi penting'.. Saya malas nak jawab lagi lepas tu. Tapi hakikatnya, diri ini nak jawab 'Kami beli rumah ni 3 tahun lepas di mana tempat kerja kami dekat dengan rumah. Tapi suami dapat tawaran kerja yang lebih bagus, jadi berpindahlah dia ke tempat kerja baru yang lebih baik.. Saya pula dapat tawaran kerja yang lebih baik dan stabil. Jadi saya pun berpindah kerja. Plus, tempat kerja yang dekat rumah tu sudah ditutup sebab tak dapat sustain the business. Beli rumah bukan macam beli gula-gula. Hari ini kau suka, kau beli. Esok kau tak suka, kau beli lain. So, nak tak nak itulah rumah kami yang jauh dari tempat kerja'..
Berbalik kepada isu kenaikan harga petrol ni. Kalau petrol naik harga, harga barang-barang lain akan naik juga. Fuhhh!!! Rasa berpeluh memikirkan soal kenaikan harga barang yang lain.
BR1M yang ditawarkan pula tak layak untuk kami terima. So, apa motifnya memberi BR1M dengan kenaikan harga minyak. Di sini saya listkan expenses lebih kurang untuk keluarga macam kami ni. Maksudnya, orang yang baru habis belajar, lepas tu kahwin, kemudian mempunyai anak dan bakal mempunyai anak lagi.
Ni perbelanjaan untuk suami isteri. Tinggallah RM1290 untuk makan, simpanan, minyak, emergencies suami isteri..Belum masuk Astro, internet, insurance.
Sedih dan kecewa rasa. Tak apalah anggap saja ini dugaan Allah untuk hamba-hambaNYA.. Supaya kita lebih beringat kepadaNYA.
Okaylah cukuplah mengeluh!!! Saya nak share doa-doa yang berguna untuk kesusahan hati ini.

OKAY Till now.. Nanti saya plan nak share on managing duit supaya tak susah untuk kita nanti...
No comments:
Post a Comment