Hari ni nak sambung part 2 vacation at surabaya pulak. After bromo, kami semua turun untuk ke hotel di surabaya. Aku dah book Family Guest House Surabaya. Harga hotel ni dalam RM110 satu malam.
Ok! Mula-mula sekali aku nak review pasal hotel ni. Aku bagi ONE STAR OUT OF FIVE STAR. Aku faham harga hotelnya murah tapi sangat tak selesa. Bilik yang aku dapat sangat panas walaupun aircond di pasang. Memang tak sejuk. Bilik aku di equipped dengan dua aircond. Oleh kerana bilik tak sejuk. Bilik tu panas macam SAUNA ok. So, aku pasang kedua-dua aircond. Tetapi Selepas satu jam bilik aku blackout. Bila aku panggil orang hotel semua OK. Tapi selepas satu jam blackout lagi. Kali ni husband aku memang dah pissed off sangat. sebab kami dan anak-anak keletihan. Orang hotel datang dan owner sekali. owner hanya bagi penjelasan macam ni:
1. Bilik ni memang panas sebab mengadap matahari.
2. u cannot switch on both airconds.
3. If, u feel hot. U can turn on both airconds but u have to turn one off every 30 minutes.
4. Excuse me sir. U cannot put the bed down here. u cannot simply put our property anywhere
Ridiculous! Jawapan aku ialah:
1. If u know this room is a sauna, u should not give this room to customer. I have made booking for a month back. U should manage something proper.
2. At the first place why u put two airconds (no notice cannot turn on the aircond) here but we cannot use them. Something fishy because only my room has 2 airconds. Bilik ni macam sauna. U can compare with my mom's room. This room is totally malfunctioned but u still give it to customer.
3. What!! do u expect us to turn off and on the aircond every 30 minute? I am customer, i need rest.
4. This is not the issue. Am taking the bed down because i tak rasa apa2 angin kat katil tu. Suffocated!! Please be professional by not pointing to my fault pulak. Solve urs one first.
Aku memang tunggu je jawapan dia untuk selesaikan perkara ni. Dia tak cakap pun nak ganti dengan bilik baru sebab dia kata room tak ada. At last aku voice up:
1. i'm hoping u can give me another room. If u dont have the room now, at least u must promise to replace better room tomorrow. I already paid for 2 nights here.
2. For the meanwhile, i need a stand fan here. I have two babies along with me. they cannot understand panas.
Selapas tu baru dia setuju.Actual aku really expecting kau yang suggest nak ganti bilik baru. Where is ur PR dude!! Mula-mula dia bagi aku satu kipas kecik. Ak korbankan kipas tu untuk anak-anak aku yang nak tido sangat sebab letih. Tapi Alhamdulillah pukul 12 malam dorang bagi lagi satu stand fan. Tapi aku demand both fans to be in the room. Baru selesa.
Note 1: Masa pasang dua airconds pun bilik tu panas berbahang sangat tapi aku pujuk husband untuk redha.
Note 2: Aku memang jenis tak tahan sejuk tapi korang boleh bayangkan bilik tu panas macam mana if aku complain tak sejuk walaupun ada 2 aircond on.
OK sambung pasal JOURNEY. On the way ke Surabaya, kami singgah ke Tanggulangin Sidorajo. Kat sini famous dengan barangan kulit. Barangan kulit sini murah dan berkualiti. Murah tu janganlah expect dalam RM10. Kulit kot. Hihihi
Kat sini aku sembat sambar satu wallet dan banyak lagi la family aku yang lain sambar.
Lepas shopping di Tanggulangin. Kami terus check in di Family Guest House. Kemudia dalam setengah jam, iaitu pukul 3 Ptg. Kami terus pergi makan lunch cum makan petang. Lunch kami di Restoran Ayam Bakar Prima Rasa. Memang sedap makanan kat sini. Total makanan untuk kami 8 Orang termasuk supir dan 2 anak-anak adalah IDR288000 sahaja. lebih kurang RM75. Makanan yang dipilih memang meriah. SEDAP!!
Ini adalah ayam bakar yang mak aku order.
Aku order ni. Ikan bakar. Sedap sangat. Kicap yang salut kat ikan bakar tu rasanya macam Kicap ABC. Lepas tu served with sambal dia yang tersendiri. Sambal dia sangat special. Sedap. Macam ada campur tomato sikit.
Ni Air Apukat. A.K.A Air Avocado. Sedap jugak!!
Oleh kerana ikan bakar yang aku order tadi tu sedap sangat. Maka, mak aku pun order ikan bakar lagi satu.
Ada macam-macam lagi yang aku order. Kesemuanya superb.
Lepas makan kami pun pergi ke Plaza Jembatan Merah untuk shopping. Aku aimed nak beli telekung dan kain ela untuk raya. Tapi tak tahu lah hajat kesampaian ke tak sebab kami sampai di sana pukul 4 petang. Pukul 6 petang kedai tutup.
Pasaray ni memang besar. Macam-macam benda ada dijual di sini. Contohnya, kain lace, kain ela bermacam-macam jenis, telekung, baju budak, baju orang tua dan macam-macam lagi. Bagi aku kalau beli kain ela or telekung oklah di sini. Agak murah harganya. Tapi kalau baju untuk orang dewasa, agak tidak berkenan sebab tatse fashion baju agak berbeza. Kenapa aku kata murah sebab ni:
1. Adik aku beli kain ela Italian Velantro harga sini RM10 /meter harga KL RM18 (after discount, biasa RM25 ke RM30).
2. Kain lace prada harga sini RM50, harga KL RM200 (yg jenis berat ni)
Banyak lagi yang aku beli. Telekung anak, kain ela untuk raya dan kain lace prada. Mak dan adik aku pun shopping sakan. Telekung msih tak sempat nak beli.
Lepas shopping di situ, kami terus balik kerana kepenatan. Dinner pun tak sebab kami ingat di hotel boleh order makanan. Selepas ni la terjadi drama tidak puas hati dengan bilik hotel.
Nanti aku update part 3 pulak.
Bye!!
No comments:
Post a Comment