Thursday, November 13, 2014

[PART 1] SURABAYA 4D3N VACATION

Hi All,

Kitaorang pergi Surabaya pada 7 Nov 2014 until 10 Nov 2014. Kitaorang tu aku, anak-anak, husband, mak, ayah n adik. It was our second time. But first time for my husband and kids. So, i share with you all the itinerary.

Surabaya ni sebanarnya sangat best untuk dilawati kerana sight seeing nya yang sangatlah superb and very breathtaking. So i suggest you all to plan a vacation here instead of Bandung.

This time punya visit I planned to visit few places je. Sebab nak rasa puas visit satu-satu tempat. Pak supir yang kita orang booked is Pak Asyirin. You may contact him via below number but please mention my name as well Nurul Huda. Hihihihi. He is the owner of the company. But the real supir was Pak Sumarji. Orangnya memang best. Tak banyak cakap tapi boleh dengar kami nak ke mana-mana. senang.

+628123247347

Day 1

We all boarding from KL at 4.45pm. We arrived at Juanda Airport Surabaya at 6.45PM. Waktu Indonesia. Lepas tu terus shoot untuk ke Mount Bromo. It took 6 hours slow journey to mount Bromo. Tapi before bertolak, kita orang makan kat Restoran Sederhana, makanan minang berhampiran airport. Makanan memang sedap dan murah.Restoran ni adalah makanan padang. So selera up to Malaysian standard.

Di bromo kami menginap di Hotel Sion View. Murah je hotel ni IDR500000 sahaja semalam untuk satu bilik. lebih kurang RM130 semalam. Ok la. Tak ada aircond sebab kawasan sini memang sejuk. Bilik mandi ada hot shower dan katil king. Sini tak perlu hotel mahal sebab pukul 3 pagi korang dah kena bangun untuk bergerak ke punck bromo dan tengok sun rise. Oh, lagi satu breakfast is free tau. SUPERB!!! Kami sampai hotel pukul 11.30 malam. pak supir dah pesan pukul 3 pagi kena siap untuk sun rise and tengok mount bromo.


Pukul 3 pagi kami menaiki Jeep untuk tengok sun rise. Ramai nye orang. Kitorang mencelah celah dapat la ke tebing untuk tengok sun rise. Memang best. Sejuk sangat time ni. Tapi tak apa sejuk-sejuk sebab bawa husbandkan. Hihihihi




Lepas dah puas tengok sun rise. kitorang turun ke Jeep. Tapi sambil tu kene Mi Pop yang panas dulu. Sebab situ memang sangat sejuk. Lepas tu on the way nak ke Bromo tu, singgah tempat yang cantik untuk ambil gambar. kawasan sini memang sangat banyak tempat yang cantik untuk lihat. Kebesaran Allah. Cuma kamera HP aku je yang tak best. Aku just ambil semua pic semua ni guna front and back camera Redmi Note dan Samsung Grand Quattro. Ok la kan!!!







Pasni terus shoot ke Gunung Berapi Bromo. Subhanallah memang sangat cantik permandangan di sini. Penat mendaki tapi memang satu kenikmatan. EXERCISE!! Dari tempat parking Jeep ke Mount Bromo tu kena naik kuda. Sebab jauh dalam 2 kilometer incline. Fuhh penat kalau nak jalan. Lepas tu kena naik beratus anak tangga untuk sampai ke mulut gunung berapi tu.Tapi kesian supir yang conduct kuda kitorang. Tetap kena jalan kaki 2km. Katanya 'udah kerjanya'.









Dalam pukul 7 pagi kitorang pun turun ke hotel semula. Packing dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya. Nanti sambung part II pulak ya.







No comments:

Post a Comment