Last month baby aku demam. Al-kisahnya, aku pergi hantar anak aku untuk di babysit oleh parents aku sebab dia demam. Aku borak-borak dengan senior tempat kerja aku yang anak aku demam. Dia kata kalau demam ambillah cuti. Anak should come first. Sedih pula aku, sebab aku macam tergamak datang kerja.
Pukul 4 petang macam tu, mak aku kata anak aku demam balik panas sangat. So aku decide nak hantar pergi hospital terus. Kat KPJ Kajang, nurse check temperature dia 39.8 celcius. Tingginya!!! Nurse terus mandikan dia kat atas katil. Time ni nurse nak ambil sample darah. 5 kali baru dapat darah sikit. Kesian sangat tengok. Tapi tak apa demi anak sihat.
Of course Amiin kena warded.Tapi preses dari first sampai sampai la nak dapat bilik ward makan masa selama hampir 7 jam. Bayangkan aku dekat seat menunggu dengan dua orang anak kecil.
Alhamdulillah progress Amiin makin baik di hospital. Doctor and nurses yang sangat menyejukkan hati. Amiin kene sedut kahak banyak kali sebab kahak dia dah banyak sangat dan likat. Tapi tak infect lung lagi. Tapi tu la, doc tak bagi discharge jugak walaupun macam dah makin pulih. Aku faham doctor nak yang terbaik untuk setiap patient. Lagi pun bagi dia, aku tak perlu risau pasal duit sebab semua covered by insurance. Tapi aku je la tak tahan duduk hospital lama-lama. Hubby aku asyik keep on kata 'Hospital five star macam mana pun tetap tak best untuk stay'. Dulu Iman warded di Gleneagles Hospital, single beded.
Sampai satu tahap Amiin pun dah bosan sangat duduk hospital, dia bantai menangis tak boleh pujuk satu malam. Aku paham sangat perangai dia. Dia jarang gila menangis tanpa sebab. Semua kat ward jadi gelabah. tak kurang ada yang nak tolong pursuade Amiin. Siap semua keluar tengok Amiin. Memang nampak ikhlas muka masing-masing, bukan muka annoying. Tapi tu la suami aku macam dah hilang sabar masa tu. Dia cakap dengan orang macam marah tapi sebenarnya biasa. Sabar je lah aku.
Keesokkannya, husband aku pula ambil cuti sebab dia kata nak tegas dengan doctor. NAK MINTAK KELUAR. Tapi doctor awal-awal lagi memang dah cakap dah boleh keluar. LEGAAA.Masa keluar tu hari kelima. FUHH!!!!
Thanks Doctor Mahani n nurses. No worry, Saya tahu intension doctor bukan kerana duit tapi doctor memang nak anak saya betul-betul sihat.
No comments:
Post a Comment