Tuesday, November 4, 2014

KEMAS RUMAH

Hi All.

Cerita pasal kemas rumah ni biasanya orang akan kata kerja utama orang perempuan. Tapi mesti ada yang macam 'Hey, laki I rajin tau. Dia suka bantu I buat kerja rumah. How lucky I am!!'. Ok ok understood. Tapi still perempuan buat, laki membantu.

Aku ni macam malas sikit nak fikir pasal kemas rumah on weekday. Time weekday aku dah penat travel and working. So, tak khhhoooosseeerr sangat nak fikir kemas rumah. Tapi rumah ku tak adalah kotor and berserabai. Cuma on weekday, ak letakkan barang yang telah digunakan ke tempat asal dan sapu lantai. Macam lepas makan dan masak, of courselah aku kemaskan balik. Dulu laki aku tak boleh macam ni. Then, aku talbiahkan dia. Jangan pening-pening on weekday. Kita all out time weekend or jumaat. Kalau tak sama-sama penat on weekday dan marah-marah sebab penat.

Husband aku memang rajin. Weekend, pagi-pagi lepas breakfast dia dah start gear paling maximum untuk kemas rumah. Dari vacuum, mop, racun rumput, cuci toilet, basuh kain, sidai kain dan sebangainya. Aku lambat sikit nak start gear tu. So, end up aku tak boleh buat kerja rumah sebab kena jaga anak-anak while hubby kemas rumah. Peraturan laki aku, mesti ada seorang monitor anak-anak. Nak-nak lagi yang baby tu suka mengutip itu ini. Lepas tu, selalu keluar boundary, suka pergi tempat yang orang focus nak kemas.

Bila tengah duduk jaga anak, tiba-tiba mood nak mengemas datang membuak-buak. Mulalah aku bising kat laki aku suruh cepat kemas. Aku nak sambung. Time ni dia dah naik syeikh mengemas, nak stopkan pun susah. Aku bising lagi, cepatlah bagi turn aku pulak kemas.

Lelaki biasalah tak detail bab kemas mengemas. Kalau aku, kemas dapur sahaja dah setengah hari. Buang benda-benda semak dalam kitchen kabinet, basuh and organized fridge, sental-sental daki kat sinki, lap-lap habuk-habuk tersembunyi. Tu baru dapur. Selalunya aku memang target dapur je. Lagi satu kerja aku lipat kain. Buat seminggu sekali je you all. Tak susah sebab baju mama dan ayah semua gantung. Baju anak-anak je kena lipat.

Kalau kawan-kawan selalu meluahkan perasaan pasal tak sempat kemas, aku akan nasihatkan jangan pening-pening pasal kemas. Yang penting all out time weekend dan educate anak-anak untuk tolong sama mengemas atau pun disiplin tak sepahkan rumah. Sebab kalau time weekday dah penat nanti asik marah. Lepas tu bonding dengan family pun tak ada.

Lagi satu, hargai bila husband datang membantu. Kalau tak betul just marah-marah manja k.


1 comment: