Thursday, October 22, 2015

[SAVING] Life without debt

Hi,

Apa pandangan korang pasal life without debt ni?? Mesti semua orang suka!!!

Ada yang bg tips macam mana nak beli kereta cash. Antara yang aku jumpa kat FB or ada yang dah viral pun, flownya lebih kurang macam ni lah:
1. Kerja --> kumpul duit separuh gaji
2. Beli kereta 2nd hand dulu
3. Kumpul duit lagi sampai mampu beli kereta baru cash!!

WOOO!!!

Bagi aku, ok je kalau ko hutang benda basic seperti rumah atau kereta. Hidup jangan la bertunggakkan duit sahaja. Kononnya kumpul-kumpul duit 5 tahun nak beli kereta cash. Tiba-tiba tahun ke lima ko mati tak sempat nak beli kereta. ENJOY lah waris-waris ko. Bukan senang wohh nak maintain kereta second hand. Silap hari bulan duit gaji dan duit simpanan habis repair kereta sahaja.

Tips aku guna:
1. Boleh hutang untuk basic kereta dan rumah.
2. Rumah pertama belilah di kawasan yang ko yakin ko boleh duduk dan stabil untuk pergi balik kerja.
3. Kereta biarlah yang mampu untuk bayar bulanan.
4. Jangan mula membuat personal loan.

Kumpul duit beli benda-benda ni merepek je. Aku pernah tengok orang yang suka sangat kumpul duit jadi kaya, lepas tu meninggal duinia. Enjoy waris guna duit dia. Dia masa hidup berdikit-dikit duit dia. Hidup pulak single.

Tak ok ke??

No comments:

Post a Comment