Hi all,
Aku nak story pasal jerebu ni. Daycare anak aku tutup. Katanya sebab pihak berwajib akan kompaun sekolah yang tidak mematuhi arahan pekeliling dari KPM. Anak aku tadika dan daycare ditempat yang sama. Jadi, daycare dia cakap dia orang terpaksa tutup.
Aku tak berani komen sebab cikgu dah tunjuk pekeliling KPM dan aku takut cikgu salah paham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Kerunsingan aku ni, aku tak adalah sampai up status di FB. Tapi adalah komen di post orang yang up status di FB pasal benda nih. Macam biasalah response dari orang yang tak berkaitan (yakni ibu bapa yang PERFECT) sangat menyakitkan hati.
Post:
''Tuh la kalau dah anggap sekolah sebagai nursery. So bila sekolah tutup, terus mak bapak rasa susah sangat''
Aku komen:
''Masalahnya daycare pun tutup. Terpaksalah cuti seminggu''
Post:
''Kalau kau rasa terbeban ngan masalah sekolah tutup, jangan nanti ko hairan anak ko terbeban dan hantar ko kat rumah orang tua''
Perasaan aku:
''Sedih aku rasa tak jadi ibu PERFECT seperti dia. Kalau lah dia tahu setiap ibu semua sayangkan anak. Memang tak rasa terbeban. Cuma keperluan masa sekarang memang cemburui aku. Office aku tengah minggu audit dan busy dengan keperluan parlimen. Tak boleh bawa anak dalam minggu audit. Husband aku kerja kilang.
Post
''Anak tu amanah Allah. So pasal jerebu ni apasalahnya ibu bapa EL demi anak2. Atau bawak anak ke office. Jangan nak harapkan cikgu sahaja''
Perasaan aku:
Sama lah. Tak ada ruang nak bawak anak ke office.
Post
''Jangan salahkan daycare je. Kita ibu bapa kena bertanggungjawb pada anak.''
Perasaan aku:
''Siapalah kita nak salah kan daycare yang menggantikan kita sebagai ibu bapa masa kita kerja. Tapi orang tetap twist apa kita rasa.''
Pengajarannya, aku rasa pekeliling KPM boleh lebih specific sekolah atau sekolah tadika yang sekali dengan daycare perlu ditutup. Cuti EL 2-3 kali sebulan atau seminggu boleh kena buang kerja wooo. Plus, kita perlu berbincang dengan daycare tentang benda ni. Dari kita post sana sini menyebabkan orang salah anggap.
Parents lain yg PERFECT pula janganlah menambah luka atau api dalam hati ibu bapa yang tak PERFECT macam anda. Korang maybe tak tahu apa masalah orang lain. Setiap orang lain-lain. Orang lain tak PERFECT macam korang yang sentiasa PERFECT!!!
No comments:
Post a Comment