Tuesday, November 26, 2013

TERPERANGKAP: DOSA DAN TAUBAT

Engkau orang dah baca kisah Fatihah Hakema? Kisah seorang penuntut universiti yang dimalukan ex-boyfriend dia. Ex-boyfriend dia create satu account FB atas nama perempuan ni. Kemudian dia upload gambar mesra dia bersama perempuan tu. Berpelukan tidak berbaju. Gambar banyak love bites. Kesian dan geram.

Takutnya. Nak komen lebih, sendiri ada anak. Bagi aku, memilih teman lelaki biarlah yang memntingkan family dia. Biarlah sekalipun teman lelaki tu anak emak dan kurang ada masa dengan kita. Biarlah dia tak melakukan perkara romantik kepada kita.

Mungkin orang cakap aku cakap tak serupa bikin. Sebab orang selalu nampak aku berkepit dengan teman lelaki masa di universiti. Ya memang. Tapi hanya rakan sama-sama belajar dan rakan untuk teman makan. Bertuah juga dijodohkan bersama dia yang kini suami aku. Dia tak pernah ajak ber'midnight', tak ajak tengok wayang tengah malam, tak ajak ke rumah sewanya dan tak ajak kami berdua pergi bercuti. Dia lebih suka lepak dengan family dia bila hari cuti. Dulu rasa marah juga, konon tak pentingkan aku. Tapi kini aku bersyukur. Dah kahwin dia pentingkan keluarga kecil dia dulu la, baru keluarga besar dia. Parents in law ak memang dah didik dia jaga family kecil dulu baru jaga parents.

Aku ada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Aku akan didik dia orang macam mak ayah n mak ayah mertua aku didik anak. Mak aku dan mak mertua aku selalu join anak-anak lakukan aktiviti remaja. Macam tengok wayang, lepak mall dan tengok concert. Terpaksalah nanti anak memberontak. Tapi bukan semua bendalah dia ikutkan anak. Nak pergi clubbing, tak ikut dan tak izinkan lah. Tudung mesti pakai. Aku akan melarang sekerasnya anak aku berpasangan. Tahun akhir di universiti baru boleh kot. Kalau ada jugak pasangan, aku tak larang tapi aku akan suruh kahwin. Biarlah ak terpaksa menanggung makan minum semua. Nafsu bukan boleh disekat.

Ni just planning. Ya Allah, jadikanlah aku, suamiku, anak-anakku, zuriatku, kedua ibu bapaku / mertuaku dan adik beradikku insan yang soleh dan solehah yang layak ke syurgamu terus. Perliharalah iman kami sekrang ini dan tambahkanlah iman kami. Jauhkanlah kami dari zina dan kemaksiatan. Tolonglah aku Ya Allah dan makbulkanlah doaku. Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah. Aamiin.

No comments:

Post a Comment