Friday, April 10, 2015

hi all,

Ni baju saya aku design tahun 2014 untuk dijual. Saja-saja je. Okla sambutan yang dapat


[ANAK] HARI SUKAN LITTLE CALIPH PUNCAK ALAM

Hi all,

Nak cerita sikit. Dua minggu lepas aku nampak anak aku, Iman bawa balik baju sukan baru. So, dalam hati dah terlintas 'owh, dah nak hari sukan'. Aku terfikir nak tengok kalendar sekolah. Bilanya hari sukan dia sebenar. Hari berganti hari, asyik lupa nak tengok, sampailah aku bukak FB tadika dia. Ada anouncement hari sukan hari ahad minggu tu. Hari aku tengok hari Khamis. Gelabah betul aku. So Sabtu tu, ayah dia belikan dia kasut sukan. Mahal nau kasut sukan budak RM50. Adoi ai. Tapi kalau RM50 untuk mak mesti rasa 'Oi, murah gila. Mesti kena beli ni!!!'.

Hari yaang dinantikan. Hari sukan. Kami semangatlah register nama anak awal-awal. Pukul 7.40pagi dah register. Padahal pendaftaran 8pagi hingga 9pagi. Siap aku register nama aku dan ayahnya untuk acara sukan parents.

Masa cikgu tengah baris-bariskan anak-anak. Parents dah start ambil tempat masing-masing. Semua memang semangat dan bangga tengok anak sendiri. Sampaikan aku kena sound dengan sorang mak budak ni, 'Excuse me miss. Tolong tepi sikit. U halang view, i nak ambil gamba anak.'. Semangatkan. Masa tu belum start pun perbarisan. Tapi aku faham. Semua mak-mak nervous, tak sabar and excited nak ambil moments best anak-anak dia orang. Samalah macam aku, excited sampai terke depan sangat. Bila start je perbarisan, semua parents serbu ke depan. Memang terhalang habis mak budak tadi.

Pastu acara sukan bermula. Anak aku ni baru umur 3.5 tahun. kalau ikut tahun umur 4 tahun. Cikgu bagitahu dia macam matang sikit dari usia dia. Dia boleh faham dan terima arahan dengan mudah. Tapi aku rasa dia tak athletic. Sebab dah beberapa sukan, dia start nangis nak mama. Dia macam stress kena lari laju-laju dan menang. Dia kan princess, so benda macam ni dia tak minat. Cikgu pun perasan, cikgu kata 'Selalu ok je sporting. Tak pernah nangis. Hari ni pulak. Macam stress'. Tapi memang pun. Anak aku ni takut kucing. Kalau kat playground tak suka rebut mainan. Dia takut naik gelongsor. bagi dia perempuan tak sesuai.

Ape-ape pun. I'M A PROUD MAMA, THAT DAY AND FOREVER.

Seronok gila. Bukan tengok anak sendiri je. Tengok anak orang lain buat benda kiut-kiut pun memang terhibut. Comel sangat.





















Wednesday, March 18, 2015

[BERITA SEDIH] PREGNANCY WITH PULMONARY HYPERTENSION

Hi all,

Aku tension since semalam. Kakak aku sedang mengandung anak pertamanya. Sudah 16minggu, maknanya 4 bulan. Minggu lepas, dia cerita baby dah nampak peha dan kicking. Tapi semalam doktor pakar O&G Hospital Selayang mencadangkan kakak aku perlu menggugurkan kandungan dia atas sebab kesihatan berisiko tinggi untuk ibu, iaitu Pulmonary Hypertension.

Aku tak tahu nak susun cerita macam mana. Terlebih dahulu baik aku bagitahu condition kakak aku. Kakak aku seorang penghidap penyakit SLE. Apa itu SLE?

"Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)"

Bila dah ada SLE ni nanti pelbagai penyakit akan datang. Right after before nak kawen (lagi beberapa hari nak kahwin), doktor IJN memberi tahu ada problem di jantung kakak aku. Aku tak tahu sangat apa dia. Tapi doktor warn kakak aku untuk elakkan pregnancy kerana jantung dia tidak ok. Kakak aku perlu membuat treatment fibrosis paru-paru, di mana kesan jangka panjangnya ialah tidak dapat melahirkan zuriat. Kakak aku refused untuk teruskan treatment kerana nak try pregnant dulu.

Suami kakak aku aware pasal hal ni. Setelah beberapa bulan berkahwin, kakak aku pregnant. Betapa gembiranya semua orang. Tapi semalam Doktor O&G bagitahu kakak aku perlu membuang kandungan kerana sakit Pulmonary Hypertension yang sangat berbahaya pada diri dia.

Semalam aku bergegas ke Hospital Selayang sebab mak aku menangis dalam phone kerana terlalu sedih untuk menyampaikan berita tak baik ni. Sampai hospital baru aku tahu keadaan sebenar. Aku, kakak dan abang ipar sekali lagi mendengar explaination doctor. Macam ni doctor explain:

1. Awak ada pulmonary hypertension. Which is sangat bahaya yang boleh membawa maut.
2. Boleh lead to eisemenger, di mana reverse flow pada jantung. Kalau dah stage ni chances awah hanya 50%. Saya (doktor tu) pernah deal dengan case macam ni. 2 orang hidup dan 2 orang mati.
3. Walaumacam mana pun, condition awak ni sangat kritika; and decision has to made as soon as now.

Tak tau nak gambarkan apa dan nasihatkan macam mana. Kakak aku kalau boleh nak cuba selamatkan kandungan. So doktor tu bg option untuk meminta pendapat dari doktor lung and doctor jantung IJN. Tapi discussion akan berlangsung next week. Berdebar.

Hari ni aku cuba google pasal benda ni tapi belum dapat apa-apa yang memuaskan hati aku. Sedihnya. Kalau ditakdirkan tidak dapat meneruskan kandungan, sesungguhnya kakak aku masih mempunyai anak syurga.

Ya Allah semoga kau berilah kesihatan yang baik pada kakak ku. Selamatkan lah dia dan anaknya.. Semoga kedua-duanya sihat sempurna. 

Tuesday, March 17, 2015

[MATI] HARI-HARI AKHIR KEHIDUPAN

Hi all,

Arwah Aunty Non baru sahaja meninggal dunia pada hari Ahad lepas, 15 Mac 2015. Melihat sedikit sebanyak hari-hari akhir Aunty Non menginsafkan aku. Bukan ada apa-apa yang pelik berlaku pada aunty. Cuma aku sering terfikir bila-bila masa kehidupan aku di dunia boleh berakhir. Betul-betul terkesan.

Tahun 2013 Aunty Non ada mengadu pada mak aku yang dia sakit belakang. Mula-mula aku suspect aunty ada slip disc. Dia pun pergi physio untuk pulihkan kesakitan belakang dia.

Pada Mac 2014, kira-kira setahun yang lalu, Aunty Non datang ke kenduri pertunangan kakak aku. Dia datang bersendirian dan drive sendiri. Tapi masa tu keadaan dia macam bertambah sakit sikit. Dia ada mengadu belakang dia sakit tak boleh bergerak aktif. Mata dia sebelah dah tak nampak. Aku pun tanya 'Macam mana aunty drive?'. Dia kata dia boleh drive perlahan-perlahan.

Sebulan selepas itu, aku melawat keadaan aunty. Masa ni dia telah di diagnos mempunyai cancer tulang stage 4. Cancer dah mula merebak. Ayah kadang-kadang tolong hantar aunty aku ke hospital untuk rawatan. Mak juga kadang-kadang teman aunty ke hospital. Selebihnya banyak dibantu oleh adik beradik aunty yang perempuan, Aunty Lin dan Mak Su. Aunty Non seorang bujang, tidak berkahwin. Masa melawat aunty, aku tengok dia bertambah teruk. Baring pun dah tak keruan. Tapi masih boleh berborak. Mak selalu nasihatkan aunty untuk ikhtiar dengan makan makanan sunnah yang dapat melawan cancer disamping rawatan hospital.

Hari berganti hari, keadaan aunty semakin tenat. Dua minggu lebih sebelum ni, aku melawat aunty di hospital. Dia tanya 'Kenapa doktor panggil ramai-ramai ni?' Aunty dah resah. Harini Aunty dah tak ada.

Masa uruskan jenazah aunty sangat mudah. Dari awal sampai pengebumian. Sendi-sendi aunty masih lembut dan muka aunty seolah-olah tidur sahaja. Walaupun masa tu jenazah sudah berbelas jam. Tak tahu apa kebaikan yang arwah buat semasa hayatnya.

Al-fatihah. Somoga roh Aunty Non dicucuri rahmat Allah. Aamiin.

Monday, March 2, 2015

UJIAN ALLAH DENGAN KESENANGAN

Hi,

Ada seorang hamba Allah share gambar rumahnya dalam group dekorasi. Mendapat tempelak hebat dari segelintir orang, kononnya bersifat riak dengan menunjukkan rumah yang sebesar istana.

Riak? Mungkin ya sebab rumahnya besar dan mewah. Yang aku hanya mampu melihat. Maybe? Tapi jauh disudut hati hamba Allah tu hanya ingin berkongsi. Bangga dengan apa yang ada adalah point yang kedua. Sebab aku kadang-kadang pun teringin nak upload gambar rumah aku di dalam facebook. Sama macam aku upload gambar anak-anak aku. Perasaan tak tergambar dengan apa yang aku ada. Tapi suami tak bagi. Dia berpesan supaya slow down. Tak ramai mempunyai rezeki macam kami diusia sekarang. Alhamdulillah, boleh dikatakan stabil.

Beerbalik kepada hamba Allah tadi. Satu statement yang menusuk hati aku apabila dia kata:

 'Masih mkn sambal belacan dan nasik..x ada bezanya dgn org lain pun..
Cuma..akk sedang diuji oleh Allah dgn harta dunia..samada utk menambah dosa atau mnggandakn pahala..'


Betapa aku tersedar, kesenangan yang aku punya sekarang juga ujian maha hebat dari Allah. Kami selalu terfikir untuk membeli rumah lagi besar atau lagi dekat dengan tempat kerja. Tapi sebenarnya rumah sekarang pun masih ada 3 bilik kosong lagi belum digunakan dan mampu untuk kami ulang alik. Jarak perjalanan yang jauh dari rumah ke opis sebenarnya akan membuatkan kami berbalik pada pencipta, Allah yang satu.

Hidup ini tidak seharusnya senang selal . Bila diduga, yakinlah, Allah masih mengingati kita. Dugaan adalah peluang mencuci dosa.

Semoga Allah tidak melupakan kita semua.

Sunday, February 22, 2015

[LOVE] BIRTHDAY SUPRISE

Hi all,

27 January was my birtday. This year my husband dah jadi the sweetest hubby in the world. Husband aku memang tak pandai nak suprise apa-apa. Dan dia tak suka nak bagi hadiah banyak-banyak. Faham sangat. Bagi dia asal celebrate. But dia tahu bini dia suka suprise. Hihihihi.

On 24 January 2015, adik ipar aku cum my husband's sister turun KL. So wajib la semua kerabat husband aku turun ke umah mak mertua. Adik ipar duduk Terengganu. Sekali sekala balik mesti la jumpa semua orang. Nak pergi rumah each adik beradik sure tak sempat. Mak mertua aku belanja makan satay malam tu. Dah nama orang Kajang, mestila satay jadi pujaan. Kami semua pergi ke Satay Haji Samuri kat Putrajaya.

Parents in law, family aku, family adik ipar dan family abang ipar aku semua menunggu family kakak ipar aku kat rumah abang ipar aku di Putrajaya. Sebelum Maghrib kami dah ready kat sini. Tapi kakak ipar aku tak muncul-muncul lagi. Dalam pukul 8.30malam, kakak ipar cakap dia dah on the way ke restaurant. Kami semua pun gerak lah.

Sampai di restaurant, aku macam bias pusing-pusing kedai kat situ dan jaga anak sulung aku. Sampai ke meja makan nampak ada sebijik kek. Memang tak expect apa-apa. Tanyalah ' Wow, birtday siapa ni?'. Husband aku cakap kek untuk aku. Malu betul sebab dah tua-tua nak kena nyanyikan lagu birthday. Kakak ipar aku lambat sebab pergi cari dan beli kek ni la tu.






Ok la. On tuesday sebetulnya harijadi aku. Pagi tu aku dah lewat nak pergi kerja. Nak on time memandu ke komuter. Focus betul aku drive. Bila dah nak smpai ke komuter which was 30 minutes later, husband aku call. 'Nanti tengok-tengoklah kat sebelah driver tu'. Aku ingat tertinggal botol susu anak dalam kereta. Rupa-rupanya ada suprise present for me. Lepas tu baru terfikir fakus betul aku drive sampai tak sedar ada present just nice sebelah aku. Tak tersorok sangat pun. Cuma aku je tak toleh kiri kanan. Hihihi. Tq husband. Trying your best to suprise me.

Tanjat gegirl!!!

 



Monday, February 16, 2015

[PARENTING] IT IS OUR CHOICE.. OUR DECISION

Hi All..

Pernah tak korang dikritik dalam hal penjagaan anak?? Aku mempunyai impian yang besar dalam hal menjaga anak dan mengharapkan yang terbaik dari anak. Aku tahu tak bagus. Tapi semua orang kebanyakannya macam ni. Aku try!!

Pertama sekali, aku memang tak bagi anak-anak aku pegang HP aku atau main apps dalam HP aku. So, aku dan husband memang tak main games or memang tak akan download apa-apa apps anak-anak dalam HP. Kalau nak lekakan atau pujuk mereka time merengek, aku memang takkan gunakan HP. Anak-anak memang paham sangat. Tapi dorang selalu bedal HP makcik-makcik dorang. Itu lantaklah. Sebab aku tak nak lah kawal anak aku dan kawal makcik-makcik dorang untuk sorok HP. Tapi ada komen dari kawan-kawan nanti anak aku akan curi HP orang lain atau pun main HP orang sampai tak ingat dunia. Insyallah tak jadi macam tu. Sampai satu hari nanti jika HP tu memang betul-betul kehendak dia, baru dapat. Ada yang kata nanti anak aku ketinggalan zaman dan tak reti pasal dunia IT. Walaupun aku tak bagi HP, dorang kalau nak buka camera, pasang lagu, main apps semua memang tak minta orang buka kan. Semua buat sendiri. Bila tiba masa tahulah dorang nak explore sendiri.

Kedua, aku tak ajar anak aku tengok kartun. Sama macam method HP, kalau nak lekakan atau pujuk mereka time merengek, aku memang takkan gunakan kartun. Selain tu, aku memang tak subscribe Astro. So memang tak ada ramcangan kartun-kartun ni. Lagi satu anak-anak aku memang tak berapa tengok TV, so buat apa aku nak cenderungkan minat dorang pada TV. Aku unsubscribed Astro sebab ada rancangan-rancangan dia yang tak elok untuk ditonton. Untuk mendisiplinkan diri aku supaya tak tengok rancangan yang tak perlu semua. Kalau ada mesti tengok. Kalau tak ada pun tak apa. Sekarang peminat cerita-cerita Melayu. Orang dok kutuk sebab peminat cerita Melayu. Ye la cerita Melayu kan meleret-leret dan merapu kadang-kadang. Tapi tak apa, nama pun cerita. I dont need logic, I need leisure only.

Banyak lagi yang aku praktikkan untuk anak. Untuk hiburan bagi gantikan benda-benda kat atas ni, aku galakkan anak aku bermain dengan permainan sebenar. Macam masak-masak, mainan lego, basikal, swimming pool dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi yang aku buat untuk anak aku yang orang kata strict. Tapi bagi aku tak strict. Sebab apa?? Dorang tak pernah didedahkan dengan perkara macam tu, so dorang memang tak da nak minta-minta. Buat apa aku nak start bagi dorang expose. Kata orang, marah?? Marah tak sebab lain orang lain cara. Sakit hati?? Ya, tapi telan je lah. We can not change someone, but we can change our perception of someone. Cuma aku harap every parents dont judge other parents. Apa yang baik kita support k.