Hi all,
Aku tension since semalam. Kakak aku sedang mengandung anak pertamanya. Sudah 16minggu, maknanya 4 bulan. Minggu lepas, dia cerita baby dah nampak peha dan kicking. Tapi semalam doktor pakar O&G Hospital Selayang mencadangkan kakak aku perlu menggugurkan kandungan dia atas sebab kesihatan berisiko tinggi untuk ibu, iaitu Pulmonary Hypertension.
Aku tak tahu nak susun cerita macam mana. Terlebih dahulu baik aku bagitahu condition kakak aku. Kakak aku seorang penghidap penyakit SLE. Apa itu SLE?
"Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik
“autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan
seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem
tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf,
atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan
Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis
yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok
kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)"
Bila dah ada SLE ni nanti pelbagai penyakit akan datang. Right after before nak kawen (lagi beberapa hari nak kahwin), doktor IJN memberi tahu ada problem di jantung kakak aku. Aku tak tahu sangat apa dia. Tapi doktor warn kakak aku untuk elakkan pregnancy kerana jantung dia tidak ok. Kakak aku perlu membuat treatment fibrosis paru-paru, di mana kesan jangka panjangnya ialah tidak dapat melahirkan zuriat. Kakak aku refused untuk teruskan treatment kerana nak try pregnant dulu.
Suami kakak aku aware pasal hal ni. Setelah beberapa bulan berkahwin, kakak aku pregnant. Betapa gembiranya semua orang. Tapi semalam Doktor O&G bagitahu kakak aku perlu membuang kandungan kerana sakit Pulmonary Hypertension yang sangat berbahaya pada diri dia.
Semalam aku bergegas ke Hospital Selayang sebab mak aku menangis dalam phone kerana terlalu sedih untuk menyampaikan berita tak baik ni. Sampai hospital baru aku tahu keadaan sebenar. Aku, kakak dan abang ipar sekali lagi mendengar explaination doctor. Macam ni doctor explain:
1. Awak ada pulmonary hypertension. Which is sangat bahaya yang boleh membawa maut.
2. Boleh lead to eisemenger, di mana reverse flow pada jantung. Kalau dah stage ni chances awah hanya 50%. Saya (doktor tu) pernah deal dengan case macam ni. 2 orang hidup dan 2 orang mati.
3. Walaumacam mana pun, condition awak ni sangat kritika; and decision has to made as soon as now.
Tak tau nak gambarkan apa dan nasihatkan macam mana. Kakak aku kalau boleh nak cuba selamatkan kandungan. So doktor tu bg option untuk meminta pendapat dari doktor lung and doctor jantung IJN. Tapi discussion akan berlangsung next week. Berdebar.
Hari ni aku cuba google pasal benda ni tapi belum dapat apa-apa yang memuaskan hati aku. Sedihnya. Kalau ditakdirkan tidak dapat meneruskan kandungan, sesungguhnya kakak aku masih mempunyai anak syurga.
Ya Allah semoga kau berilah kesihatan yang baik pada kakak ku. Selamatkan lah dia dan anaknya.. Semoga kedua-duanya sihat sempurna.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSy pun mcm kakak awk..dktr xbg mgndg...so kakak awk da brslin ke?
ReplyDeletekakak saya dah bersalin.. force labor masa baby 5 month pregnancy.. baby of course meninggal.. sedih..
Delete