Thursday, December 10, 2015

1ST BIRTH EXPERIENCE

Hi all,

Ada orang kata tak elok cerita benda ni. Tapi aku nak cerita experience aku ni sesopan yang boleh.

Masa anak dara berat aku 47kg. Dah kahwen terus mengandung. So berat aku memang naik dan naik dan naik. Masa nak dekat-dekat beranak tu adalah berat aku dalam 64kg. Boolaat macam balloon. Risau gila berat tak turun after bersalin. I is sad.

Masa 38 minggu aku dah mula rasa contraction since pukul 11 malam. Tapi very mild like brixton hicks only. So i guessed it was just brixton hicks la. Tapi masa tidur asyik nak ke toilet. Rase nak terberak je. Tapi tetap tak fikir apa-apa. Tetap rasa tidur lagi best.

Dah pagi dalam pukul 5 pagi duduk termenung. Aku ni kenapa? Duduk atas katil mak, tanya ni sakit nak beranak ke, tapi tak sakit sangat. Boleh jalan macam biasa. Mak kata tak kot. Aku serba salah nak pergi kerja ke tak. Masih terfikir nak pergi kerja. Aku pergi kerja drive sendiri. Redah jem yang hamattt tu. Tapi aku dah ada plan. Kalau emergency parking kereta ke tepi and call ambulance. Plus, tempat kerja aku sebelah PPUM.

So, aku berdoa supaya Allah tunjukkan petanda dengan jelas. Lepas tu, barulah nampak lendir bercampur darah keluar. Mak aku agreed yang tu tanda nak bersalin tapi dia kata tak payah pergi hospital dulu sebab maybe malam karang baru sakit betul. Aku dah risau sebab aku ada virus GBS. So, i need immediate antibiotic to protect my baby. Suami aku terus suruh aku terus ke hospital. Kami mandi pagi, solat dan terus ke hospital KPMC Kajang.

Dalam pukul 7 pagi sampai hospital. Uruskan itu ini dalam pukul 8 pagi aku masuk labour room. Masa tu bukaan dah 4cm. Nurse masukkan drip air. Dan aku request for epidural. Kenapa? Sebab aku takut sakit. Pukul 10 pagi check lagi bukaan. Dah 6cm. Aku boleh senyum sebab tak sakit kan. Mak, ayah, suami dan mak ayah mertua semua masuk gilir- gilir tengok aku dalam labour room. Hehehe.. Rilex je semua masuh. Nampak lah aku dlm keadaan ready nak bersalin.. Tapi bertutup la.. Aku terharu sebab parents dan parents in-law sangat supportive dan bagi motivation.

Bila pukul 10.15 pagi rasa sakit sangat-sangat. Aku mintak nurse checkkan jalan beranak. Nurse cakap baru je check pukul 10pagi. Mana boleh selalu check, nanti infection. Masa ni mak aku masuk. Peluh menitis nitis. Tapi bilik tu sejuk sangat. Aku cakap 'Mak, kak ngah sakit'. Mak aku nampak sedih dan risau ' Nak beranak memang sakit. Mak pun sakit macam ni'. 10.20 pagi nurse nak keluarkan air kencing melalui tiub sebab kata nurse maybe dapat kurangkan rasa sakit. Masa ni nurse kelam kabut panggil doktor sebab kepala baby dah keluar. Dengan dua kali push terus keluar baby aku pukul 11 pagi. Alhamdulillah 3 jam selesai proses cantraction dan beranak.

Masa bersalin aku kene emergency pilih doktor lelaki, walaupun aku beranak di private. Penat nak explain dengan orang kenapa:
1. Masa check up aku pilih gynea perempuan. Tetapi masa nak bersalin emergency, gynea perempuan tu tak available.
2. Ada dua sahaja gynea di hospital tu, lelaki n perempuan. Lagi seorang perempuan bukan doktor pakar. Aku terpaksa pilih pakar sebab aku ada GBS dan ada lagi beberapa hal.

Note that gynea yang sambut anak aku dia tak seluk check bukaan. Dia hanya sambut baby and jahit sahaja. Lain semua nurse buat.

No comments:

Post a Comment