Wednesday, January 8, 2014

PREGNANCY: THE EXPERIENCE

Masa beranakkan anak pertama, bila orang tanya beranak tu sakitkah? Aku tak tahu nak jawab sebab aku ambil epidural. Nak jaga anak senangkah? Tak banyak cabaran sebab anak aku senang sangat jaga. Boleh tidur malam, malam tak bangun. So kami tidur sajalah. Oh aku ingat, masa aku 36week mengandungkan anak pertama ni, aku kerap jatuh. Jatuh kat jalan tar tu. Sakit sangat sampai tak boleh jalan. Bukan sekali tapi dua kali dalam seminggu. Aku panggil orang papah aku ke kereta pastu drive sendiri ke hospital. Tabah betul. Resultnya, sebulan lepas  beranak kaki aku belah kanan ada problem. Aku susah nak berjalan. Rupa-rupanua slip disc. 26% disc slipped.

Sakit tau slipped disc ni. Macam aku nak duduk sakit. Nak ubah position sakit. Jalan je tak sakit tapi kalau jalan lama-lama, pinggang dan right limb aku makin sakit. Nanti aku cerita lagi pasal slipped disc aku ni.

Alhamdulillah slip disc ak betul-betul recover. Walaupun doctor kata tak boleh masuk balik disc tu. Masa anak aku 1tahun 3bulan, aku pregnant for the 2nd time. So excaited walaupun tak plan nak tambah anak. At the same time aku takut kalau dapat slip disc lagi. Nightmare.

Pregnancy kali ni banyak betul cabaran. As usual aku pilih KPMC kajang to do my maternity check up. Nak pilih m.o biase ja, Dr.Mimi. Tapi Dr.Mimi scan perut aku cakap ada cyst dalam uterus aku. 2 biji dalam 4cm each. So, she referred me to Dr.Anita, a gynea. Dr.Anita ni gynea previous masa 1st pregnancy.  After a month aku pun jumpa Dr.Anita as appointed. By the time doc kata cyst tu dah hilang. Yay!!!

Morning sickness aku memang teruk. Lepas makan ja nak muntah. Tak boleh ambil suppliment sebab muntah. Susu tak boleh minum nanti perut mual all day. Tapi orang kata aku nampak cergas ja. Maybe aku tak tunjuk lemah kot. Masa pregnant kali ini, aku ulang alik kerja ke rumah sangat jauh. Drive sorang, lebih kurang 66km sehala. Maknanya 130km setiap hari aku drive. 1.5jam aku dalam kereta untuk pergi kerja sahaja. Kadang-kadang berhenti banyak kali nak muntah. Time ni aku kerja production. Berdiri lama. Orang memang tak bagi chance walaupun pregnant. Kerja more than 12 hours. Berat badan nak naik pun susah.Sabtu ahad pun kerja la. Diwajibkan melakukan OT. Sedih2..

Alhamdulillah lepas 5month pregnant aku dapat kerja gomen. Best gila. Keje pulak kat Midvalley. Memang makan je la. Tapi on 35th week of pregnancy, aku dah rasa contraction. It happened since 6pm during that day. dah pukul 10malam tak surut lagi contraction. So, husband aku bawa terus pergi KPMC Kajang. It was not false alarm. The contraction was true and regular. The gynea decided to stop the contaction since she wanted to avoid premature birthing. Fuhh lega. yang tak lega was the bill Rm500++ for a night.

On 38 week of pregnancy, i went for weekly maternity check up as usual. Since on this week i already on maternity leave, i asked the gynea whether i can give birth today. The the doc check that laluan utk baby dah buka 4cm. Yay, so i can deliver my baby!!!. On 6pm they gave me drip untuk cepatkan dilation. This time i took epidural juga. Ambil epidural on 6.30pm. On 7 pm i felt so much pain like i was going to give birth at that moment. Then the nurse checked memang dah full dilate. Tapi baby sangkut lama kat pelvic sebab kedudukan baby mendongak. Push macam mana pun tak boleh keluar. Until my baby felt stress. The baby's heart beat went down each time contraction. Takutnya masa ni. Last skali gynea tu chose to vacuum. Cepat je, 5 minit dah keluar.

Lahirlah my baby boy on 8.05pm. It was an excitement because sibling aku semua perempuan.


No comments:

Post a Comment